suria

Wanita meraung dalam klinik O&G, terkejut benih anak sulung hidup dalam rahim! Rayu doktor gugurkan kandungan

Sumbang mahram boleh berlaku tanpa disedari. -Gambar hiasan

VIDEO tular yang memaparkan aksi ‘mesra’ seorang wanita bersama anaknya mengundang pelbagai perspektif daripada warga maya.

Ramai yang menyuarakan kebimbangan dan menganggapnya sebagai sexual grooming iaitu kaedah yang dilakukan orang dewasa untuk membina hubungan emosi dengan kanak-kanak bagi mendapatkan kepercayaan bagi tujuan seksual.

Susulan itu, seorang individu tampil berkongsi kisah benar membabitkan wanita hamil hasil hubungan intim dengan anak kandungnya sendiri.

Berkongsi cerita, pemilik akaun Muhammad Hassan berkata, kejadian tersebut berlaku semasa dia sedang berkhidmat di sebuah klinik obstetrik dan ginekologi (O&G) pada 2015.

"Datang seorang perempuan berjumpa doktor ganti (lokum), saya mendengar dari bilik sebelah.

Klinik menjadi tempat rujukan bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan. -Gambar hiasan

Klinik menjadi tempat rujukan bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan. -Gambar hiasan

"Wanita terbabit menyatakan dia tidak datang haid selama dua bulan dan mula muntah-muntah serta sakit di bahagian peranakan.

"Seperti biasa, doktor melakukan ujian air kencing sebelum mengesahkan wanita tersebut sedang hamil," ujarnya memulakan cerita.

Menurutnya, wanita terbabit tiba-tiba menjerit dan menangis sejurus dimaklumkan tentang khabar gembira itu.

Pelik dengan situasi yang berlaku, doktor kemudiannya bertanyakan tentang masalah yang dihadapi sehingga emosi wanita itu bertukar.

"Wanita ini minta doktor gugurkan kandungan dia dan mengaku benih adalah hasil dari (hubungan seksual) dengan anak sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak pandang dia sebagai suami”- Ibu nafi ‘terlajak’ mesra dengan anak, anggap cuma seni lakonan

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz lamar murid usia 14 tahun dituduh pedofilia, si isteri mengaku nakal tetap pertahan suami... pakar kata ada 6 tahap sexual grooming

"Malah katanya, hubungan terjadi kerana dia mula 'menyayangi' anak sulungnya yang berusia 18 tahun kerana mempunyai perwatakan serta wajah seiras dengan suami.

"Dia maklumkan yang suami dia bekerja di luar negara dan akan pulang Malaysia selepas enam atau tujuh bulan," katanya.

Bercerita lanjut, ujar Muhammad Hassan, disebabkn doktor tersebut berstatus gantian, dia terpaksa merujuk kes wanita itu kepada doktor pakar.

Namun malangnya, wanita terbabit terus meninggalkan klinik kerana ingin mendapatkan perkhidmatan gugurkan kandungan.

"Wanita ni terus keluar dan cakap dia nak cari klinik lain yang boleh gugurkan kandungan sebelum suami dia balik," tambahnya lagi.

Kita tak boleh terima kejadian ni berlaku di Malaysia walau hakikatnya memang ada.

WARGA MAYA

Mengambil kira situasi semasa yang berlaku, Muhammad Hassan berkata, kejadian yang menimpa wanita itu hampir sama dengan kes tular masa ini.

Malah katanya, meskipun ia sekadar lakonan, namun itu adalah permulaan grooming dan boleh membangkitkan nafsu serta rasa cinta.

"Kes ibu bercinta dengan anak ini wujud apabila kehilangan suami, suami berjauhan dan berpisah dengan anak bertahun-tahun lamanya.

"Anak pula ada iras suami, melepaskan rindu dengan anak dan mencurahkan cinta kepada anak sendiri," ujarnya lagi.

Perkongsian yang dibuatnya mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Kebanyakan warga maya meluahkan rasa terkejut dengan pendedahannya.

Kebanyakan warga maya meluahkan rasa terkejut dengan pendedahannya.

Ramai yang meluahkan rasa terkejut dan bimbang gejala seumpama itu terus berlaku dalam kalangan masyarakat.

"Takutnya dengar, semoga kita dijauhkan daripada berfikir serta buat perkara yang Allah benci.

"Kadang kita tak boleh terima kejadian ni berlaku di Malaysia walau hakikatnya memang ada, kalau tak bergaul dengan orang memang kita tak tahu cerita di sekeliling kita yang menakutkan ni.

"Masa saya tinggal di sebuah negeri di Pantai Timur tahun 2003, ada kes viral pasal anak umur 20 tahun berhubungan dengan mak kandung sendiri.

"Saya pernah pergi satu ceramah kekeluargaan. Penceramah bercerita, seorang ibu tunggal menjalin hubungan dengan anak perempuan dia sendiri," demikian luahan warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia