suria

Kuih jualan berterabur dilanggar budak nakal, langsung tak minta maaf... Wanita saksi kejadian tak biar, ambil tindakan sendiri!

Anak-anak perlu dididik untuk menghormati orang lebih tua terutama di kedai makan. -Gambar hiasan

MELENTUR buluh biarlah daripada rebungnya.

Ungkapan tersebut sering dijadikan pedoman kebanyakan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Tambahan pula sejak kebelakangan ini terdapat banyak kes sosial melibatkan golongan remaja dan kanak-kanak.

Perkara sama disaksikan seorang wanita ini semasa membeli kuih di sebuah gerai sehingga membuatkan dia membuat hantaran berbaur marah dan teguran keras di laman sosial.

Peniaga akan menyediakan bekas atau plastik untuk memudahkan pelanggan mengisi kuih. -Gambar hiasan

Peniaga akan menyediakan bekas atau plastik untuk memudahkan pelanggan mengisi kuih. -Gambar hiasan

"Sekarang ni banyak kes bunuh ya kakak-kakak sayang. Jadi saya nasihatkan kalau rasa-rasa tak mahu anak akak jadi mangsa seterusnya, elok ajar anak akak apa itu adab.

"Aku ni tengah santai nak beli kuih, tiba-tiba jadi singa dekat situ. Ada akak ni naik motosikal dengan anaknya yang baru balik sekolah, nampak macam darjah tiga atau empat.

"Tengah-tengah aku pilih kuih masuk bakul plastik yang disediakan, ada seorang makcik dekat sebelah aku nak ambil kuih, jadi aku bagi dia pilih dulu.

"Tiba-tiba datang budak sekolah tu pergi langgar sampai jatuh bakul makcik ni kat jalan... macam sengaja," ujarnya menceritakan semula situasi berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami anggap macam hiburan je” - Perakam video anak Rohingya ludah kek lapis bersuara, santai layan perangai budak biadab

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu tunggu masa nak berhenti, mental ‘koyak’ urus murid biadab... Sudahlah malas, buat salah tapi pandai menjawab!

Meskipun tingkah laku biadab tersebut tidak mengenainya, namun dia meluahkan rasa geram kerana budak itu tidak meminta maaf atau membantu mengutip semula kuih yang jatuh bertaburan.

Bukan itu sahaja, ujarnya budak terbabit memandang makcik berkenaan seolah-olah dia tidak melakukan kesalahan.

"Makcik tu pun kutip kuih yang jatuh tadi dan minta peniaga kira berapa harga untuk dibayar. Dia cakap nak bayar yang tu je sebab tak cukup duit ambil lain.

"Abang peniaga cakap tak payah bayar dan minta makcik ambil lain... mak budak tu pun buat tak tahu je sedangkan dia nampak," katanya lagi.

Pernah juga kena masa kat kedai makan, anak saya umur sembilan dan 11 tahun tengah melukis, ada budak ni main tampar anak perempuan saya. Mak ayah dia tengok je.

WARGA MAYA

Menurut wanita ini, perasaan geram dengan situasi yang berlaku membuatkan dia melanggar kanak-kanak itu selepas bayaran dibuat.

Namun tanpa diduga, ibu kepada kanak-kanak terbabit menjerit dan memarahinya.

"Kemudian, maknya jerit pada aku sebab langgar anak dia sambil cakap aku buta.

"Aku pun jerit balik cakap apa masalah dia biar anak langgar makcik tadi... tak pandai didik ke sedangkan nampak je (perbuatan)," tambahnya.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

Dia yang enggan perbalahan itu terus berlarutan mengambil keputusan untuk berlalu dan meninggalkan gerai kuih berkenaan.

Hantaran yang dibuatnya mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya turut meluahkan rasa geram dengan sikap ibu kanak-kanak terbabit yang tidak bertanggungjawab.

"Red carpet untuk sis, saya pun geram tengok dulu ada budak kecil macam lima atau enam tahun... pisah-pisahkan tisu dan bagi terabur di dalam IKEA, saya tegur dengan tegas sebab keluarganya buat tak tahu je.

"Pernah juga kena masa kat kedai makan, anak saya umur sembilan dan 11 tahun tengah melukis, ada budak ni main tampar anak perempuan saya. Mak ayah dia tengok je dan tak cakap maaf atau apa-apa.

"Puas hati baca, kau seperti pari-pari yang turun ke bumi demi membalas kejahatan manusia yang miskin common sense.

"Macam tu agaknya kalau pergi rumah orang, moga Allah jauhkan anak-anak aku daripada perangai macam tu," demikian luahan warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain