SETIAP kali tibanya cuti persekolahan atau pun hujung minggu, pasti ibu bapa pening memikirkan aktiviti dan lokasi percutian untuk menghabiskan masa bersama anak-anak. Tidak semestinya perlu berjalan jauh atau bercuti ke luar negara, apa yang penting setiap saat dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk mencipta kenangan manis bersama anak-anak. Di TikTok, tular satu video memaparkan sisi kreatif seorang bapa yang mencipta suasana percutian ala pantai di halaman rumah untuk menghiburkan anak-anaknya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Versi modal tak kencang nak bawa anak jalan-jalan," demikian kapsyen yang ditulis pada video yang sehingga kini meraih lebih 95,000 jumlah tontonan. Berkongsi cerita dengan mStar, Mohamad Adib Fisal, 32, berkata idea tersebut muncul secara spontan ketika anak sulungnya yang berusia lima tahun mengajaknya untuk keluar beriadah. ARTIKEL BERKAITAN: 40 tahun bersahabat, geng acik-acik lepas geram travel bersama! Anak-anak dah besar, ada ‘berderet’ tempat nak pergi ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar pilih, kena pakai tunjuk contoh... Anak lelaki melaram depan cermin, bersiap ‘top to toe’ sebagai panduan ibu pergi bercuti "Kebetulan waktu tu memang tengah tunggu gaji... jadi modal tak kencang sangatlah kalau nak bawa anak jalan-jalan. "Anak sulung dan anak kedua yang berusia dua tahun memang suka main air, mandi di kolam renang atau pantai. "Jadi timbullah idea nak buat ala-ala tengah picnic di pantai. Saya guna barang-barang yang ada di rumah saja. Air pancut macam hujan tu sebenarnya guna nozzle pipe. "Sebenarnya memang selalu mereka mandi-mandi di depan rumah, malah ada kolam renang plastik (inflatable pool) tapi hari tu saya tak buka. Kemudian suruh anak-anak posing sikit, maka terhasillah video tu," ujarnya. Kenangan ketika bercuti di Pulau Redang, tahun lalu. Adib yang bekerja sebagai penjaga stor di sebuah kilang di Pulau Pinang menambah, seperti mana bapa-bapa lain dia juga berusaha mahu menggembirakan anak-anaknya dan memenuhi keinginan mereka. "Tahun lepas saya bawa keluarga bercuti ke Pulau Redang, Terengganu. Itulah destinasi paling jauh kami empat beranak pergi. Ia sempena hari jadi anak sulung saya. "Jadi si kakak ni selalu cakap nak pergi lagi. Kalau ada rezeki lebih, memang teringin nak ke sana lagi. Pantainya sangat cantik. Ibu bapa ni kalau boleh tak nak hampakan anak-anak... kalau nak berjalan tapi belum gaji, mesti cari tempat yang mesra kos. MOHAMD ADIB FISAL "Tapi kalau bajet tak mengizinkan, selalu bawa makan-makan dan jalan-jalan di pulau (Georgetown) saja. Kalau tidak, mandi kolam di rumah saja. "Tapi sebenarnya terpulang kepada cara masing-masing, asalkan anak happy... kita pun happy," ujarnya yang menetap di Batu Kawan, Pulau Pinang. Tidak menyangka videonya tular, Adib dalam pada itu berkata perkongsiannya hanya dibuat secara suka-suka selain mahu mencipta kenangan dengan anak-anaknya. Dua cahaya mata yang melengkapi kehidupan Adib dan isterinya. "Apabila baca komen-komen netizen, saya gembira kerana mereka pun terhibur. "Betullah apa yang mereka cakap, ibu bapa ni kalau boleh tak nak hampakan anak-anak... kalau nak berjalan tapi belum gaji, mesti cari tempat yang mesra kos. Yang penting anak happy," akhirinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube