KITA lazim mendengar ungkapan bahawa naluri seorang isteri tidak pernah salah, lebih-lebih lagi sekiranya si suami ada menyembunyikan sesuatu dibelakangnya. Demikian juga dengan kisah yang dikongsikan seorang wanita ini mengenai suaminya yang didakwa berlaku curang. Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti itu, segala-galanya terbongkar apabila dia terbaca perbualan mesra suaminya dengan 'orang ketiga' di aplikasi WhatsApp. "Suami saya memang sah ada perempuan lain. Saya dapat buat WhatsApp Web... saya dapat baca mesej dia dengan perempuan tu. Naluri seorang isteri lazimnya selalu tepat. -Gambar hiasan “Mereka cakap nanti nak jumpa, lepas tu perempuan tu cakap rindu sangatlah. Tapi semalam mesej suami dengan perempuan tu hilang. "Suami saya dah delete semua mesej. Setiap kali nak buka WhatsApp Web tu saya akan menggigil ketar, kepala jadi serabut. "Saya tahu apabila saya buka, saya jadi sakit hati tapi saya kena screenshot dan kumpul bukti yang memang suami saya curang," tulisnya dalam satu luahan di grup Facebook. Tambah wanita tersebut, apa yang membuatkan dia kecewa, suaminya pandai berpura-pura di hadapannya sedangkan lelaki itu bermain kayu tiga di belakang. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terhegeh-hegeh, cuba bermacam helah nak balik dekat bekas suami... ‘Lupa’ dulu curang dengan laki orang ARTIKEL BERKAITAN: Wanita penat ‘bersaing’ dengan jiran mak janda, suami mudah kesian... Sakit demam, baju anak salah saiz pun nak mengadu! Ujarnya, perlakuan lelaki berkenaan secara tidak langsung mencetuskan kembali penyakit anxiety dan panic attack yang pernah dideritainya sebelum ini. "Selama ni dia minta dilayan atau tidak pun, saya tetap akan layan dia. Tak pernah lagi saya tolak. Saya sakit-sakit pun saya layan juga. "Saya dah berhias sehabis baik dah untuk dia. Tapi apa yang saya dapat? Kecurangan juga yang dia cari. Jadi buat apa lagi saya nak beriya dengan dia. "Banyak kali saya diserang anxiety, panic attack. Saya triggered dengan perbuatan dia. Saya ada sakit hypertiroid, dia tahu saya stres tapi senyap-senyap dia bagi saya stres. "Di belakang saya dia curang. Depan saya dia memang layan, cakap baik je. Jadi saya memang tak boleh jangka dia akan ada perempuan lain," ujarnya. Masalah antara suami isteri perlu diselesaikan menerusi komunikasi yang baik. -Gambar hiasan Kecewa bercampur makan hati, wanita tersebut berkata dia terfikir untuk membawa anak-anaknya keluar rumah namun dalam masa yang sama bimbang tekanan yang dihadapinya akan bertambah teruk. "Saya memang tak peduli dah pasal hal suami. Tapi saya fikir anak-anak, sekolah mereka. Saya betul-betul tertekan. "Saya takut akan diserang axienty dan masuk hospital. Cerai je daripada hidup dengan anxiety seumur hidup. NETIZEN "Boleh tak sahabat-sahabat dekat sini bagi cadangan, pendapat... apa yang perlu saya buat sekarang? Sampai bila saya kena tahan sabar dan tak luah kecurangan dia. Saya buntu," tulisnya lagi. Perkongsian berkenaan mengundang perhatian warga maya yang meluahkan rasa simpati dengan nasib wanita tersebut. Rata-ratanya mencadangkan supaya dia mengumpul bukti sebelum membawa isu rumah tangganya ke pihak jabatan agama atau mahkamah. Antara reaksi warga maya terhadap kisah wanita berkenaan. "Dapatkan pertolongan ahli keluarga untuk pindahkan anak-anak dan tolong tengokkan anak-anak sementara sis menghadapi suami dengan segala bukti yang telah dikumpul. Cerai je daripada hidup dengan anxiety seumur hidup. "Kumpul bukti sejauh mana hubungan mereka. Apabila tanya takkan dapat jawapan. Jadi kumpul bukti. Kuatkan hati, jangan cepat serang. "Kumpul bukti banyak-banyak. Simpan duit yang suami tak tahu," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube