suria

Bising cuma sekejap... Himpunan RX-Z jana RM40 juta buat Terengganu? Pemuda lakukan pengiraan sendiri, tak sabar nak ‘repeat’

Seorang individu menganggarkan Terengganu meraih RM40 juta menerusi penganjuran Himpunan RX-Z Members 6.0

PENGANJURAN program Himpunan RX-Z Members 6.0 di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak pada Jumaat dan Sabtu menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Di sebalik tanggapan negatif pihak tertentu yang mengaitkan program itu dengan budaya rempit, masih ada individu yang melihat penganjurannya dari sudut positif.

Menerusi perkongsian di Facebook, seorang individu dikenali sebagai Sabri Mamat berkata program berkenaan mampu memberi pulangan ekonomi buat Terengganu.

rxz

Antara buah tangan yang dibeli oleh peserta.

Dia turut berkongsi pengiraan yang dibuat dan menganggarkan Terengganu meraih sekitar RM40 juta daripada penganjuran program berkenaan.

"Berapa janaan ekonomi untuk Terengganu dalam tiga hari RXZ Member? Ni anggaran purata. Makan minum RM50 untuk tiga hari bersamaan RM150.

"Minyak kenderaan RM50, ole-ole RM100, cenderamata RM50, penginapan RM50. Jumlah RM400 kali 100,000 orang, (dapat) RM40 juta.

Ini anggaran sahaja boleh jadi kurang atau lebih. Mungkin tak lari antara RM30 juta hingga RM50 juta.

SABRI MAMAT

"Ini anggaran sahaja boleh jadi kurang atau lebih. Mungkin tak lari antara RM30 juta hingga RM50 juta," tulis individu itu dalam perkongsiannya.

Dalam hantaran sama, dia turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua peserta program itu yang sudi hadir ke bumi Terengganu.

"Terima kasih buat semua RXZ members telah suburkan negeri kami. Hadirmu bawa berkah kepada kami.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Peserta RX-Z Member 6.0 maut terbabas, badan terseret bawah treler

ARTIKEL BERKAITAN: Tersentuh kisah bapa lepaskan RXZ demi anak sulung, lelaki JB nak bagi Proton Inspira... Tak perlu tambah duit, bukan soal untung rugi

"Bunyi bising tu sekejap sahaja. Kita jumpa lagi tahun depan 7.0. Kami akan sambut dengan lebih meriah.

"Kalau ada peserta RXZ yang tengok posting ni. Cuba jujur berapa jumlah kos awak sebenarnya," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, ramai peserta program itu turut berkongsi anggaran perbelanjaan mereka sepanjang berada di Terengganu.

rxz3

Program ini turut menerima kecaman kerana dikaitkan dengan budaya rempit.

"RM800 ke RM900 untuk homestay, minyak, makan dan lain-lain. Setahun sekali. Terima kasih warga Terengganu.

"RM1,145 kos kerugian. Tapi tak rugi pun, puas hati. Kami dari Kangar, Perlis.

"Saya dari Klang, belanja RM500 ke RM600 untuk event ini tapi sangat puas hati.

"Tu anggaran paling murah dah. Kalau terlebih, lagi banyak. Tahun depan buat lagi. Menjana ekonomi," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain