SALAH satu adab hidup bermasyarakat adalah saling hormat menghormati dan bertolak-ansur sesama jiran tetangga. Namun begitu, tidak dinafikan ada segelintir ahli dalam sesebuah komuniti kejiranan bersikap penting diri sehingga menimbulkan kesulitan kepada orang lain, sebagaimana perkongsian seorang individu dalam satu hantaran di Facebook. "Sebelah rumah saya adalah rumah yang dah lama kosong. Sepanjang saya beli rumah dan duduk sini dah sembilan tahun, baru tahun lepas saya tahu yang rupanya rumah tu ada owner. "Itu pun datang sekali tinjau itu sahaja. Datang tak sampai 15 minit. "Saya ingat tak ada owner sebab tak ada meter TNB, tak ada meter air. "Dia rumah end lot, jadi tanah besar sikit dari rumah saya," kongsinya. Menurut individu itu, masalah timbul apabila jirannya itu langsung tidak menjaga kediaman sendiri sehingga ia kelihatan seperti rumah terbiar. Saling hormat-menghormati dan mengambil berat antara satu sama lain adalah antara adab berjiran. -Gambar hiasan Justeru sejak berpindah ke situ, dia mengambil inisiatif sendiri membersihkan halaman rumah jirannya atas faktor keselamatan, kerana menganggap kediaman tersebut tidak bertuan. "Saya selalu upah orang mesin rumput, guna duit saya sendiri. Seingat saya dah labur ada dekat RM2,000 dah untuk jaga rumah tu sepanjang sembilan tahun ni. "Termasuk pernah upah orang tebang beberapa pokok semak samun yang reput. "Orang mesin rumput selalu jumpa ular hitam dan kulit ular. Saya takut apa-apa berlaku pada anak masa diaorang main petang-petang depan rumah," kongsinya. ARTIKEL BERKAITAN: Jiran geram laman rumah penuh daun pokok sebelah, ranting atas kereta... Ramai kongsi tip ‘kasi settle’, tapi ini nasihat UAI ARTIKEL BERKAITAN: Tuan tanah terbiar ugut tauke kebun durian... Tuduh ceroboh, memandai tebang pokok tua! - “Dia tanya kayu jual ke mana, berapa harga” Bukan hanya isu semak samun, apa yang membuatkannya runsing ketika ini adalah pohon besar di bahagian belakang kediaman jirannya itu yang sudah memasuki kawasan rumahnya. "Ada satu batang pokok besar dah masuk pagar saya dan melengkung betul-betul ada atas bumbung rumah saya. Viralkan cakap umah sebelah kena roboh atau jadi sarang mat pet kena pecah. Confirm esoknya owner datang. NETIZEN "Saya dah pernah report Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). PBT cuma datang beberapa kali ambil gambar... itu je. "Saya pernah panggil tukang tebang, dia nak RM500 untuk clear pokok tu. "Takkan saya nak bazir duit saya lagi untuk rumah yang tuannya tak reti nak hargai dan ucap terima kasih pun pada saya sepanjang jaga rumah dia? Apa cadangan tuan-tuan?" kongsinya meminta pandangan daripada warga maya. Perkongsian individu berkenaan menerusi grup Tukang Apa Hari Ini mengundang perhatian warga maya. Antara cadangan yang diutarakan netizen. Ramai yang tampil memberikan pandangan dan nasihat kepada individu berkenaan bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapinya. "Racunkan je pokok besar tu... cucuk racun dekat dalam pokok. "Report kat PBT, ambil gambar dan beritahu dah jadi sarang haiwan berbisa, nyamuk Aedes dan drug addict. Kalau ada gambar lagi bagus. "Viralkan cakap umah sebelah kena roboh atau jadi sarang mat pet kena pecah. Confirm esoknya owner datang, lepas tu kau ligan (kejar) dia bagi talkin," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube