SETIAP pasangan suami isteri pasti mengimpikan kehadiran zuriat sebagai penyeri rumah tangga. Namun begitu, rezeki yang ditetapkan oleh Allah untuk setiap pasangan adalah berbeza-beza. Ada yang terpaksa bersabar sehingga berbelas-belas tahun, malah ada yang tidak direzekikan untuk menimang cahaya mata sehingga akhir hayat. Justeru, sesetengah pasangan memilih untuk mengambil anak angkat sebagai tempat untuk mencurahkan kasih sayang, selain dalam masa yang sama dapat membina ladang pahala. Namun begitu, dalam sesetengah kes, ada pasangan yang berputih mata selepas anak angkat yang dipelihara bertahun-tahun terpaksa diserahkan kembali kerana desakan keluarga kandung, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita di laman Facebook. Menerusi hantaran berkenaan, wanita tersebut meluahkan rasa sedih dan terkilan kerana terpaksa berdepan dengan 'drama' yang dicetuskan oleh keluarga kepada anak angkatnya. Anak adalah anugerah tidak ternilai buat ibu bapa. -Gambar hiasan "Keluarga kandung ambil kesempatan. Famili yang ambil anak angkat jadi 'bank' kepada keluarga kandungnya. "Depa (mereka) nak, depa mai (datang) petik minta saja. Tak bagi, famili angkat dah sayang anak angkat. "Kuatkan hati, pernah serah balik anak angkat kepada keluarga kandung. Keluarga kandung merayu keluarga angkat jaga semula anaknya. "Setiap kali datang, beribu duit habis," tulisnya. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa angkat tiada anak, tak percaya saudara sendiri... Pemuda bakal dapat semua harta - “Mereka tak boleh tuntut apa-apa” ARTIKEL BERKAITAN: 7 tahun jaga anak angkat, lesap sekelip mata ‘dirampas’ ibu kandung yang juga kawan sendiri! Menurut wanita berkenaan, dia menjalani prosedur pengangkatan anak secara sah malah mempunyai Sijil Anak Angkat. Disebabkan tidak tahan mengadap 'drama' keluarga berkenaan, wanita tersebut mempertimbangkan untuk menyerahkan kembali anak angkatnya biarpun berat hati untuk berbuat demikian. Kenapa layan lagi keluarga angkat kalau semua dokumen dah complete dan sah? NETIZEN "Letihlah keluarga parasit macam ni. Apa prosedur nak serah balik anak angkat? "Bukan tak sayang, (tapi) tak mampu lagi bertahan perangai dan 'tocang' masing-masing," luahnya lagi. Perkongsian berkenaan mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya meluahkan simpati terhadap wanita berkenaan. Antara komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan. Dalam pada itu, ramai yang turut berkongsi cadangan dan saranan sebagai penyelesaian terhadap situasi yang dihadapi wanita berkenaan. "Setiap kali bagi duit pastikan ada hitam putih. Sekurang-kurangnya kalau mereka ugut, kita pun ugut. Baru situasi win win. "Pergi report kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan buat report polis (gangguan). Jika dah bela dua tahun ke atas, biological parents dah tiada hak. Failkan restriction. "Kenapa layan lagi keluarga angkat kalau semua dokumen dah complete dan sah, tak perlu dah layan apa-apa yang mereka minta. Awal-awal bagi duit tu logiklah," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube