suria

Mak macam paksa suruh belanja, langsung tiada timbang rasa! Anak tengah ‘pokai’ bayarkan juga, tapi susah nak ikhlaskan hati

Keadaan ekonomi masa kini memerlukan kita berhati-hati dalam berbelanja -Gambar hiasan

BERBUAT baik kepada ibu merupakan satu amalan yang sangat dituntut.

Namun ada kalanya dalam keadaan diri sendiri yang serba terdesak, seorang anak mungkin diselubungi dilema apabila perlu mengeluarkan wang untuk ibu atau bapa.

Melalui satu luahan tanpa nama di laman Facebook, seorang wanita mencoretkan rasa terkilan dengan permintaan ibunya ketika sedang membeli-belah di sebuah pasar raya.

Hubungan seorang anak dengan ibunya boleh menjadi goyah atas pelbagai faktor. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, dia tergamam apabila ibu menyuruh dia membayar barangan yang dibeli, seakan-akan memaksa dan bukannya meminta dengan nada bertimbang rasa.

"Minggu lepas, saya teman mak beli barang. Tiba-tiba mak berhenti dekat satu kedai ni. Dia pergi belek-belek barang dalam kedai tu, kemudian mak cakap macam ni dekat saya, adik belanja ye.

"Saya pada masa itu sebenarnya sedang kesempitan wang, tapi saya tak beritahu mak. Saya seorang suri rumah, suami pun bagi duit bulanan sikit je dekat saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis anggap mak sendiri penyondol, agungkan famili bapa dan ibu tiri! Kini baru tahu ibu kandung rupanya bini pertama, bukan perampas

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tunjuk sedih, anak akui terkesan ibu baru bercerai urus kedai makan sendirian sampai lewat malam - “Bila terbayang, rasa nak keluar air mata”

"Biasanya kalau waktu senang, saya tak akan pernah berkira dengan mak, tapi ketika itu saya memang sedang sesak. Terasa berat sangat nak tolong bayarkan barang tu untuk mak, apabila fikir balik jahatnya saya ni Ya Allah.

"Namun tetaplah sebagai anak, saya berat hati nak menolak permintaan mak, saya bayarkan juga akhirnya," imbas wanita itu.

Kini wanita tersebut sedang berperang dengan emosinya apabila mengenangkan kembali insiden tersebut.

Anggap ini ujian Allah untuk melihat sejauh mana awak sanggup berkorban demi mak.

WARGA MAYA

"Saya cuba ikhlaskan hati apabila saya bayarkan barang tu untuk mak, tapi pada waktu sama timbul juga rasa ralat. Saya sedaya upaya pujuk hati ni supaya reda dengan wang yang dibelanjakan kepada mak.

"Saya tanamkan keyakinan yang Allah akan bagi rezeki lain, walaupun saya sangat memerlukan wang tu sebenarnya. Pada kesempatan ini, saya nak berpesan kepada mereka di luar sana, jangan sesuka hati tuding jari minta orang belanja.

"Ada kemungkinan orang tu sedang susah tapi berat hati nak menolak, lagi-lagi yang minta tu pula ibu bapa kita. Kalau nak orang belanja, biar orang tu cakap sendiri, jangan meminta-minta," ujarnya menoktahkan bicara.

Pelayar bertukar pandangan.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya memberikan kata-kata semangat kepada wanita itu.

"Tak mengapa la awak, banyak pahala dapat tu gembirakan hati mak. Selepas ni kalau keluar lagi dengan mak, terus terang je cakap duit tak 'ramai', seorang ibu mesti faham situasi anaknya.

"Anggap ini ujian Allah untuk melihat sejauh mana awak sanggup berkorban demi mak. Selepas ni rezeki awak InsyaAllah akan dilipat gandakan lagi," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain