SEORANG wanita meluahkan rasa kurang senang dengan sikap bekas isteri kepada tunangnya yang dilihat semakin menjadi-jadi. Dalam luahannya di grup Tips Persiapan Kahwin, wanita ini berkata dia bertunang dengan duda tanpa anak selepas hubungan mereka diterima baik oleh kelarga lelaki tersebut. Namun begitu, timbul masalah apabila hubungannya ini sukar diterima baik oleh ahli keluarganya sendiri. "Mak dengan adik-adik saya je la ada masalah sikit nak terima dia tapi wali saya okay. Jadi saya teruskan (hubungan). Tapi bekas isteri ni kerap sangat mesej tunang saya untuk minta duit. "Padahal dah ada pasangan sendiri. Dia bekerja sendiri cuma pemalas sebab kerap cuti pergi jalan-jalan. Saya tak marah kalau dia mesej atas urusan barang-barang yang masih tertinggal. Pengadu sudah berbincang dengan tunang untuk menyelesaikan isu berkenaan. -Gambar hiasan "Saya juga tak marah kalau bekas isteri mesej dengan tunang ni sebab anak tapi masalahnya anak pun tak ada," jelasnya. Menurut pengadu tanpa nama itu, dia sebelum ini kerap berbincang mengenai perkara ini dengan harapan bekas isteri lelaki berkenaan dapat menghentikan gangguan. ARTIKEL BERKAITAN: 4 tahun rumah tangga diganggu ex-GF suami! Isteri pelik akaun media sosial mudah digodam, penyondol post foto zaman bercinta ARTIKEL BERKAITAN: Dulu nak lacur bini, kini gila talak! Lelaki ‘panas’ tengok bekas isteri bertunang, canang sana sini masih belum cerai "Saya jadi marah sebab bekas isteri kerap mesej tunang saya minta duit. Kenapa masih minta duit dekat bekas suami sedangkan kau (bekas isteri) kerja dan tunang saya siap bagi rumah. Ada kereta lagi. "Duit gaji tu memang sepenuhnya untuk dia seorang sebab komitmen cuma bayar bil api, air dan kereta jadi sudah la minta duit lepas tu bagi alasan tak ada wang. "Tapi keluar jalan-jalan boleh. Bagi kawan pinjam duit boleh, keluar dating boleh dan beli telefon baharu boleh. Sumpah geram sebab dia kerap ganggu tunang saya," katanya lagi. Selain meminta wang, bekas isteri dikatakan kerap mengadu sakit dialami walaupun sudah memiliki pasangan baharu. Dalam tempoh idah dia boleh berjumpa dengan lelaki lain. Keluar pergi mana-mana tak minta izin suami. PENGADU "Padahal mereka bercerai sebab salah perempuan tu sendiri. Tunang saya dah block (sekat) dekat semua tempat tapi tetap cari cara untuk mesej bekas suami dia. "Bapa kepada tunang cerita dengan dekat saya alam tempoh idah dia boleh berjumpa dengan lelaki lain. Keluar pergi mana-mana tak minta izin suami," jelasnya lagi. Hantaran tersebut meraih pelbagai reaksi netizen di Facebook. Rata-rata memberi cadangan supaya pasangannya tidak melayan kehendak bekas isterinya untuk mengelakkan daripada masalah terus berlaku. Komen netizen pada hantaran asal. "Ikutkan duda tak ada anak tak perlu bagi duit dekat bekas isteri sebab tanggungjawab balik pada mak ayah dia. "Bekas tunang tidak tegas. Dia (bekas isteri) bukan bawah tanggugan dia dah. Kenapa nak layan? Kalau benda macam ni dia tak boleh uruskan, anda akan terkena tempias lepas ni. "Tunang awak la kena main peranan. Tak perlu layan dah. Tak perlu balas mesej dia pun. Biar je dia terus mesej, jangan sesekali balas, tak ada masalah. Yang jadi masalah biasanya kalau melayan. Abaikan terus ataupun tunang tukar nombor telefon," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube