KERJAYA guru bukanlah sekadar menyampaikan ilmu semata-mata, sebaliknya mereka juga perlu menguruskan orang lain khususnya ibu bapa. Selepas seharian berurusan dengan murid di sekolah, ada guru yang terbeban kerana diganggu dengan mesej ibu bapa pada waktu malam. Di aplikasi TikTok, seorang guru tular apabila berkongsi pengalaman terpaksa melayan segelintir ibu bapa yang bersikap tidak faham bahasa. Arahan jelas yang dihantar oleh guru itu. Menerusi perkongsian itu, dia memuat naik tangkap layar mesej yang dikirim kepada ibu bapa menerusi WhatsApp. "Salam. Esok ada program penutupan bulan Kemerdekaan. Semua murid dikehendaki memakai uniform sekolah. Tak perlu bawa buku," tulis guru itu. Meski pun arahan yang diberi sudah jelas, namun masih ada ibu bapa yang tidak faham dan terus bertanya soalan yang remeh kepadanya. Cikgu dah penat melayan kerenah dalam kelas, lepas tu nak kena melayan kerenah ibu bapa dalam grup WhatsApp. NETIZEN "Salam cikgu, besok pakai baju putih atau baju pendidikan jasmani? "Salam cikgu, baju putih ke?" soal dua penjaga kepada guru itu melalui WhatsApp. Di ruangan komen, ramai individu menyuarakan rasa simpati terhadap dugaan yang perlu dihadapi oleh guru zaman kini. ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu tunggu masa nak berhenti, mental ‘koyak’ urus murid biadab... Sudahlah malas, buat salah tapi pandai menjawab! ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu bongkar realiti prestasi akademik, dakwa murid tingkatan 3 tak tahu membaca! Salahkan mak ayah punca utama masalah Beberapa guru lain turut berkongsi pengalaman sama yang dilalui mereka di ruangan komen. "Laki aku pun sama. Dia dah beritahu dalam grup, masih ada ibu bapa tak faham bahasa pergi WhatsApp tanya lagi. "Saya pun sama, hari tu majlis penutup juga. Dalam pengumuman cikgu dah cakap tak payah bawa beg. Ada lagi yang tanya," tulis netizen. Mesej daripada ibu bapa yang tidak faham arahan guru. Malah, ramai yang turut mengecam sikap segelintir ibu bapa yang dikatakan sukar memahami arahan mudah sehingga menyusahkan para guru. "Cikgu dah penat melayan kerenah dalam kelas, lepas tu nak kena melayan kerenah ibu bapa dalam grup WhatsApp. "Saya pun geram ibu bapa tanya benda macam tu, padahal dah maklumkan," tulis netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube