SESIAPA sahaja pasti berasa teruja apabila ditawarkan hadiah berupa wang tunai. Namun bagi lelaki ini, dia memilih untuk menolak tawaran tersebut kerana mengetahui dari mana datangnya wang berkenaan. Kisahnya itu diceritakan semula oleh kakaknya yang dikenali sebagai Siti di laman Threads. "Adik aku cerita, ada seorang aunty tempat dia kerja nak bagi RM500. Kebanyakan lelaki gemar menaiki motosikal untuk ke tempat kerja. -Gambar hiasan "Dia pelik sebab kenapa tiba-tiba nak bagi RM500, baik sangat pula," katanya memulakan cerita. Menurut Siti, selepas diselidiki, adiknya memaklumkan bahawa cenderahati yang ingin diberikan itu adalah hasil wang perjudian nombor ekor. Aunty berkenaan mahu memberikannya sebagai penghargaan kerana kemenangan diperoleh daripada nombor pendaftaran motosikal adiknya. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya takut sumber tak halal” - Lelaki mulut celupar, tak jaga hati orang nak belanja nasi lemak... Tergamak tolak cara kasar! "Aunty tu ambil nombor plat motor dia (adik) pergi tikam nombor dan mengena pula. Menang. "Kemudian adik aku cakap yang kawan dia tanya kenapa tolak RM500 tu... siapa nak bagi kan. "Tapi aku bersyukur sebab adik aku kuat lagi iman dia, dalam gelak-gelak sempat aku cakap 'nasib kau tolak'. "Rupanya dia serik dan selalu tanya kalau aunty tu nak belanja," tambahnya lagi. Elaklah sedaya upaya untuk memakannya namun jika tidak dapat dielakkan, ia tidak dianggap satu dosa. DATUK SERI DR ZULKIFLI MOHAMAD Menjengah ke ruangan ciapan balas, ramai yang mempersoalkan tindakan adiknya menolak pemberian daripada rakan sekerja. Tidak kurang juga yang memuji tindakan adiknya kerana peka dan memahami hukum agama dengan baik. "Ada masalah ke kalau orang tu belanja kita makan hasil duit jual katak atau kita perlu pertikai daripada mana duit dia datang. "Saya ada kawan yang keluarganya undang ke jamuan makan menggunakan duit ‘menang’ dan Alhamdulillah kawan saya pesan supaya tidak pergi. Antara rekasi warga maya di ruangan komen. "Kalau bukan Islam nak belanja kita makan atau apa-apa sahaja, perlukah kita tanya sumber duit dia, macam tak beradab pula. "Kawan aku menang nombor, terpaksa aku tanya dia nak bayar pakai duit mana," ujar beberapa warga maya. Dalam pada itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad berkata, umat Islam disaran untuk tidak mengambil atau memakan makanan yang sumbernya tidak jelas. "Jika sumbernya tidak jelas dan bercampur antara halal dan haram atau diketahui lebih banyak daripada sumber haram, tidak diharamkan saudara memakannya namun ia dimakruhkan. "Sebaiknya, tidak memakannya atas faktor wara’ (mengelakkan syubhah). "Elaklah sedaya upaya untuk memakannya namun jika tidak dapat dielakkan, ia tidak dianggap satu dosa," jelasnya menerusi portal Zulkiflialbakri.com. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube