suria

Isteri dihukum ‘silent treatment’, suami tak bawa pergi Cameron Highland... Rupanya dituduh curi duit tabung anak, pecah amanah RM2,000

Suami perlu memainkan peranan penting sebagai ketua keluarga. -Gambar hiasan

KERUGIAN adalah asam garam dalam dunia perniagaan.

Kadangkala empayar yang dibina berdepan masalah sehingga terpaksa membuat pinjaman kewangan bagi mempertahankannya.

Berhadapan situasi yang sama, namun wanita ini memilih untuk menggunakan duit simpanan anaknya bagi membuat pusingan modal.

Namun tanpa disedari, tindakan itu menjadi punca pergaduhannya dengan suami.

"Saya dan suami mempunyai masalah sedikit sebab saya ada pinjam duit simpanan Tabung Haji anak sekitar RM2,000 untuk modal bisnes.

Warga kota akan memeriahkan kampung halaman semasa cuti persekolahan. -Gambar hiasan

Warga kota akan memeriahkan kampung halaman semasa cuti persekolahan. -Gambar hiasan

"Saya dah pulangkan RM500 dan masih berbaki RM1,500 tanpa pengetahuan suami... tapi, suami dapat tahu beberapa hari lepas.

"Terus kami bergaduh besar kerana katanya saya mencuri duit anak dia sedangkan saya hanya pinjam dan sebagai ibu tak ada niat untuk pecah amanah," luahnya di laman Facebook.

Tertekan dengan situasi yang dialami, dia cuba untuk menjelaskan sebab musabab tindakannya itu.

Bagaimanapun suaminya enggan menerima dan terus mengabaikannya dengan melakukan silent treatment tanpa mempedulikannya yang sedang sarat hamil.

ARTIKEL BERKAITAN: Tinggalkan hidup mewah dan suami gaji 30K! Wanita tak sangka duduk flat, pandu Axia sambil jaga anak tiri lebih bahagia

ARTIKEL BERKAITAN: Nafkah tak culas tapi ‘hadap’ phone sampai subuh! Isteri nak cerai, tak mahu terus berdosa marah suami ‘kaki game’

Bukan itu sahaja, hasratnya untuk bercuti dan makan strawberi di Cameron Highland, Pahang sebelum bersalin juga tergendala disebabkan isu tersebut.

"Saya sejak hujung bulan Jun mengidam sangat nak makan strawberi dan steamboat di Cameron sebelum bersalin, suami janji bawa masa cuti sekolah September ni sebab dapat duit lebihan.

"Tapi apabila tiba hari cuti, dia tak jadi bawa dan kata membazir. Dia putuskan untuk balik ke rumah ibunya dan cakap akan singgah kalau ada masa.

"Saya ikutkan sahaja kehendak suami walaupun agak sedih. Sepanjang perjalanan kami tak bercakap sehinggalah tiba di rumah mentua," katanya lagi.

Saya hanya pinjam duit anak dan sebagai ibu tak ada niat untuk pecah amanah.

PENGADU

Menurut wanita ini, lebih menyedihkan apabila suaminya hanya memberi fokus kepada ibunya sahaja.

Malah suaminya terus menempah hotel apabila ibu mentua menyatakan keinginan untuk pergi ke Cameron Highland.

Paling mengejutkan apabila percutian tersebut hanyalah antara suaminya bersama mentua dan adik ipar.

"Suami angkat beg-beg saya dan hantar balik ke rumah mak ayah saya, mentua pun ikut sama hantar. Kemudian suami, mentua dan adik ipar ke Cameron Highland tanpa saya.

Warga maya memberikan kata-kata perangsang kepadanya.

Warga maya memberikan kata-kata perangsang kepadanya.

"Kelengkapan berpantang, barang bayi pun masih tak ada, suami hanya beli baju semata-mata. Sikit pun suami tak ingat pada saya dan anak yang bakal lahir," luahnya yang menunggu hari untuk bersalin.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya meluahkan rasa simpati dan memberi kata-kata semangat kepadanya.

"Isteri tak ambil duit anak kalau suami bagi duit modal yang cukup untuk bisnes... isteri bisnes pun untuk keluarga. Masalah ni kecil tapi suami saja nak leretkan sampai isteri makan hati.

"Kesiannya, bawa bertenang dan tabah dengan dugaan ini, jika terlalu difikirkan, mungkin akan menjejaskan kandungan.

"Apa punya suami tak berhati perut dan tergamak melukakan hati seorang isteri. Isteri dah bayar duit anak boleh cakap mencuri, kemudian penting keluarga daripada isteri.

"Mungkin suami puan tidak dapat petunjuk lagi tu, duit kalau kita tidak berkira sangat dengan isteri dan anak-anak, lagi Allah tambah rezeki kita," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain