suria

Wanita bengang peniaga tepi jalan jual nasi ayam serba serbi tak cukup sifat... Lagi sakit hati jauh nak patah balik minta refund

Gerai makanan di tepi jalan sering menjadi pilihan pelanggan. -Gambar hiasan

SEORANG wanita tular selepas dia memuat naik video mengenai sikap cuai peniaga makanan di tepi jalan.

Menerusi hantaran bertajuk 'peniaga dari neraka' di TikTok, pelanggan itu meluahkan rasa kesal apabila dia terpaksa membayar harga penuh untuk makanan yang tidak lengkap.

"Aku beli nasi ayam dekat kedai tepi jalan, harga RM8. Aku dah la tengah lapar. Aku tengok, buka je, ayamnya mana?

pelanggan 2

Tangkap layar video yang dikongsi wanita itu.

"Sekarang aku tanya mana ayam ek? Memang dia jual nasi, sayur, dengan sos, dengah kuah je ke? Ayamnya kat mana?

"Nasi ni pakai sup ayam? Memang lahabau la peniaga sekarang," ujar wanita itu menerusi video yang meraih hampir sejuta tontonan.

Menurut pengadu, dia hanya menyedari perkara itu selepas sampai ke kawasan rumahnya dan enggan berpatah semula kerana jarak yang jauh.

Tak ada langsung rasa nasi ayam dan sup dia sangat masin, semasin air laut.

PELANGGAN

Tambah pengadu, dia bertambah kecewa apabila rasa makanannya didakwa tidak sedap, malah nasi yang disediakan juga tidak betul-betul masak.

"Kedai ni kalau dekat memang aku patah balik. Bukan setakat ayam je aku minta ganti, aku nak refund semua.

"Tak ada langsung rasa nasi ayam dan sup dia sangat masin, semasin air laut. Nasi dia pun tak masak lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jual nasi mentah, daging keras... Peniaga bersungguh tunjuk penyesalan - “Sebekas saya buang, bagi kepada ayam”

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga Muslimah jual bra di TikTok, tak malu tunjuk ukuran di dada sendiri! Wanita minta jaga maruah, bimbang pandangan berahi lelaki

"Kepada peniaga di luar sana, jika nak berniaga, biarlah berniaga dengan jujur, cari rezeki untuk keluarga biarlah ada keberkatan," pesannya.

Menurut pengadu, dia telah memaafkan peniaga tersebut, namun sekadar memuat naik video sebagai peringatan dan teguran.

Di ruangan komen, segelintir individu turut mengecam pelanggan itu kerana tidak memeriksa dahulu makanan sebelum meninggalkan gerai.

Peoples was seen using the single use plastic bags while buying groceries at Pasar Moden Seksyen 6 in Shah Alam yesterday. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Peniaga sepatutnya mengambil berat aduan pelanggan jika mahu bisnes mereka maju. -Gambar hiasan

"Lain kali tengok dulu sebelum tinggalkan tempat tu.

"Awak masa beli dan bayar, main telefon ke?

"Kalau orang tu lupa, halalkan la. Tapi kalau sengaja, biar dia tanggung di akhirat," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain