suria

Bakal pengantin tak tenang nak nikah! BFF baru kematian abang ‘sentap’ tengok banyak posting pasal wedding, dituduh tak sensitif

Majlis perkahwinan seseorang akan menjadi lebih bermakna dengan kehadiran rakan baik. -Gambar hiasan

MANA-mana individu yang bakal bergelar raja sehari semestinya teruja melakukan persiapan menjelang hari bahagia mereka.

Begitu juga dengan seorang wanita ini yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Namun begitu, keterujaan dan kegembiraan menantikan hari bahagianya sedikit sebanyak terjejas lantaran sikap seorang rakan baiknya.

Menerusi satu luahan di laman sosial, wanita yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu berkata, semuanya berlaku tanpa diduga selepas abang kepada rakan baiknya itu meninggal dunia.

bff 2

Bakal raja sehari pastinya teruja melakukan persiapan menjelang hari bahagia mereka. -Gambar hiasan

"Saya nak kahwin minggu ni. Tapi BFF (rakan baik) saya, yang akan jadi pengapit, abang dia meninggal dunia jadi dia tak dapat datang ke majlis kahwin saya," kongsinya.

Turut bersimpati dengan berita duka tersebut, tambahnya, dia memahami situasi yang sedang dilalui oleh rakan baiknya itu.

Bagaimanapun tambah wanita berkenaan, dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa rakan baiknya itu membawa mulut mengenai dirinya kepada rakan-rakan yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin jangan terlebih emosi, tak perlu sedih ‘bestie’ tak hadir majlis kahwin... Paling penting usah fikir buruk pada kawan

ARTIKEL BERKAITAN: 5 BFF susun majlis kahwin! Video ‘tukar’ pelamin raih lebih 15 juta tontonan, berbaloi 6 bulan ‘peram’ klip rakaman

"Saya okay je dan faham. Tapi dia mengadu dekat member lain yang saya tak sensitif dengan kehilangan abang dia, sebab saya post pasal wedding je dekat media sosial.

"Saya salah ke?" luahnya serba salah.

Hantaran wanita berkenaan di laman X mengundang perhatian warga maya.

Kalau anon kesian dan sayang dekat BFF, hide story daripada dia dulu.

NETIZEN

Namun rata-ratanya tampil menyebelahi wanita berkenaan dan menasihatkannya supaya mengabaikan perkara tersebut serta memberi tumpuan kepada persiapan menjelang hari bahagianya.

"Dah kenapa pula abang dia meninggal, kau pula kena berkabung sampai tak boleh nak post wedding kau?

"Just say sorry for her loss, show empathy, bantu apa yang patut. Tapi BFF bride ni pun satu... bebal pergi canang dengan member lain yang bride tak sensitif. Tak payah kawan.

"Laa anon nak kahwin so nak kena bersedih dan batalkan perkahwinan sebab concern dekat dia ke? Abaikan je kawan anon tu. Emosi tak stabil tu... live your life," demikian antara komen netizen.

komen bff

Antara komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

Bagaimanapun ada segelintir netizen mencadangkan supaya wanita berkenaan lebih peka dengan perkongsian di media sosial bagi menghormati rakan baiknya itu.

"Anon tak salah. Cuma dia patut terus beritahu. Kalau anon kesian dan sayang dekat BFF, hide story daripada dia dulu.

"Yang meninggal tu abang dia, seseorang ahli keluarga yang sangat rapat. Saya rasa dia mahukan sedikit rasa ambil berat ketika berdepan detik-detik sukar," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain