LAZIMNYA kisah kecurangan yang dipaparkan di media sosial dikaitkan dengan hubungan pasangan jarak jauh, skandal rakan sekerja atau cinta lama bertaut kembali. Namun dalam satu hantaran di Facebook, seorang individu berkongsi mengenai isterinya yang 'kantoi' menjalinkan hubungan sulit dengan abang ipar sendiri! Menurut lelaki yang tidak mendedahkan identiti diri itu, kecurangan isterinya terbongkar selepas dia mengesan pergerakan wanita berkenaan menggunakan aplikasi perkongsian lokasi Life360. "Wife kerja dengan mentua. Jadi akan naik train dan turun di station terdekat dengan kedai mentua. "Dia (isteri) selalu beritahu abah (mentua saya) yang ambil dan hantar. Tapi bulan lepas, kantoi dah rupanya abang ipar dia (suami kakak kepada isteri) yang ambil naik motor. "Macam mana tahu naik motor? Sebabnya cepat sampai ke kedai (trace guna Life360). Kawasan situ memang terkenal dengan jammed pagi-pagi tapi bila jarak dan masa average (Km/j), tahulah dia naik motor," kongsinya sambil menambah, usia perkahwinan bersama isteri sudah memasuki lima tahun dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki. Salah satu faktor seseorang curang terhadap pasangannya adalah kerana hubungan jarak jauh. -Gambar hiasan Menurut lelaki itu, dia mengambil pendekatan untuk bersemuka dan bertanya sendiri kepada isterinya mengenai perkara tersebut. Namun, ia bertukar menjadi pergaduhan besar malah isterinya bermati-matian menafikan melakukan perbuatan berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terhegeh-hegeh, cuba bermacam helah nak balik dekat bekas suami... ‘Lupa’ dulu curang dengan laki orang ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja kuat demi famili, gaji 40K tapi isteri 3 kali kantoi curang! Nafkah sebulan 8K, kemewahan bukan jaminan setia "Minta maaf pun tidak sebab ego setinggi alam. Hari ni ada semua bukti cukup termasuk gambar mesej, gambar call, gambar biras pick-up bini naik motor," luahnya. Tambahnya lagi, perkara tersebut turut diketahui oleh mentuanya namun mereka bukan hanya menyebelahi anak sendiri sebaliknya menuding jari kepada dirinya kerana mendakwa gagal menjadi suami yang baik. Tak payahlah kasi dia kerja. Kalau dia nak kerja, cari kawasan sekitar, awak yang ambil hantar dia. NETIZEN "Katanya darurat sebab tak ada siapa nak ambil. Lagipun abang ipar sendiri, bukan siapa-siapa. Mentua sambung lagi, katanya saya pula tak bagi duit bulan-bulan, macam mana nak beli mekap dan benda lain. "Padahal rumah, kereta, barang dapur, miyak motor, minyak kereta, tambang train, pakaian semua ditanggung saya sendiri. Bulan-bulan dah bagi duit asing ikut kemampuan. "Tapi masih tak cukup sebab selera besar. Padahal duit saya bagi bulan-bulan tu lebih dari cukup nak beli mekap bagai. "Adakah saya boleh sabit nusyuz ke isteri?" luahnya lagi meminta pandangan warga maya. Reaksi dan pandangan warga maya terhadap perkongsian individu berkenaan. Menjengah ruangan komen, rata-ratanya menyarankan supaya lelaki itu menggunakan kaedah secara berperingkat untuk menangani masalah dan secara tak langsung menyelamatkan rumah tangganya. "Tak payahlah kasi dia kerja. Kalau dia nak kerja, cari kawasan sekitar, awak yang ambil hantar dia. "Tegur dulu. Cukup kata jangan berulang. Tanya dia kenapa dia buat? Bagi dia peluang. Kalau dah bagi peluang pun, dia masih buat, tunggu apa lagi... "Pergi ke pejabat agama dan jumpa orang yang bertauliah untuk berikan nasihat dari segi perundangan yang betul. Bawa isteri dan mentua sekali," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube