SEORANG suami tidak menyangka isterinya berubah sikap selepas pulang dari mengikuti 'company trip' di luar negara. Tidak mengetahui puncanya, wanita itu menjadi seorang isteri yang jauh lebih penyayang dan bertanggungjawab berbanding sebelum ini. Puas memikirkan punca perubahan itu, namun si suami masih tidak mendapat jawapan yang pasti. "Bini aku balik dari company trip kat Thailand beberapa bulan lepas tiba-tiba jadi sangat dedikasi dan penyayang pada aku. "Sebelum tu kami baik je, tapi dia kali ni jadi ekstra habis. Layan aku tip top dari semua segilah," katanya menerusi satu luahan di laman X. Suami menerima kiriman video daripada individu misteri. -Gambar hiasan Dia bagaimanapun tidak mengesyaki apa-apa yang mencurigakan kerana apa yang dilihat pada isterinya semuanya baik-baik selepas pulang dari negara jiran itu. Malah, dia bersyukur kerana melihat isterinya mahu berubah ke arah yang lebih baik dan semakin rajin mendengar ceramah tentang kebaikan. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tahu akan dibenci” - Pengantin perempuan buat pengakuan, orang ketiga punca tak muncul majlis kahwin! ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditangkap khalwat bersama 6 lelaki, tengah syok raikan parti bujang! Bakal suami enggan kahwin, nak tuntut ganti rugi Namun dia tidak menyangka rupanya sesuatu yang tidak diingini berlaku ketika isterinya ke luar negara untuk trip syarikat itu. "Tapi celakanya apabila satu hari, ada satu nombor telefon ni hantar video kat Telegram aku. Video bini dengan bos dia dalam bilik hotel. "Mereka tengah 'bersama' dan rakam aksi tu. Bini aku ada skandal dengan bos dia selama ini. Dia tidur dengan bos masa company trip tu," katanya yang mengakui tangannya menggigil ketika meluahkan kejadian itu di media sosial. Aksi 'panas' isteri bersama lelaki lain benar-benar mengejutkan. -Gambar hiasan Apatah lagi video tersebut jelas dan dia menyaksikan sendiri perbuatan terkutuk isterinya bersama majikan menerusi rakaman yang dikirim. Menurutnya, suara dan imej di dalam video berkenaan sangat jelas serta dapat mendengar perbualan kedua-dua mereka. "Memang bab* bila dengar bos dia cakap 'I puaskan you sepanjang empat hari dekat sini'. Aku bersemuka dengan isteri siap tunjuk video tu sekali. Sehingga ke hari ini, aku tak tahu siapa hantar video tu kat aku. SUAMI DICURANGI "Dia nangis-nangis mengaku salah. Pergi mamp*s lah dia minta maaf ke apa. Aku selama ni tak puaskan dia ke? "Macam-macam alasan dia bagi, terlanjurlah, apalah. Bos dia bukan paksa tau kena rogol ke. Dalam video tu memang jelas sangat dia rela buat benda tu," ujarnya. Hubungan suami isteri renggang kerana konflik dalam rumah tangga. -Gambar hiasan Susulan pendedahan yang mengejutkan itu, dia membuat keputusan untuk menceraikan isterinya, namun hatinya masih sakit mengenangkan apa yang sudah berlaku. "Sampai sekarang aku sakit hati. Kalau aku ni jahat, aku upload je video tu," tambahnya. Dalam pada itu, turut mencetuskan persoalan adalah individu misteri yang menghantar video aksi 'panas' isterinya bersama majikan tersebut. "Sehingga ke hari ini, aku tak tahu siapa hantar video tu kat aku. Mungkin bos dia," katanya sambil menambah punca perubahan sikap isterinya selepas pulang dari luar negara itu masih menjadi misteri. Sebagai peringatan, janganlah seseorang itu menghampiri zina dan perbuatan zina itu adalah dilarang dalam Islam serta hukumnya berdosa besar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube