BELUM reda dengan isu kereta 'semput' Honda SM4 dijadikan hadiah utama cabutan bertuah Honda Day Malaysia 2024, kini timbul pula cerita lain membabitkan penganjur acara itu. Sungguhpun penganjurnya iaitu Remy Ampang sudah menggantikan hadiah tersebut dengan sebuah BMW F30, namun hasil 'siasatan' menemukan sesuatu yang tidak kena pada kenderaan berwarna kuning tersebut. Menerusi perkongsian pengendali platform pemeriksaan sejarah kenderaan dikenali sebagai Scrut, kereta BMW F30 yang diserahkan kepada pemenang cabutan bertuah berkenaan pernah terbabit dengan dua kemalangan yang dikategorikan high severity (kemalangan teruk). Pemenang cabutan bertuah Honda Day Malaysia 2024 (kiri) gembira menerima kereta BMW F30 daripada penganjur, Remy Ampang. "Atas permintaan ramai, Uncle terpaksa guna duit Uncle sendiri untuk beli laporan kereta hadiah kemenangan Honda Day yang baru diberikan itu. "Kereta ini dilaporkan ada rekod kemalangan high severity yang mana terdapat kemalangan sendiri. Mungkin terbabas sendiri, tersondol kereta orang atau kemalangan yang melibatkan kecuaian pemilik sendiri," kongsi Scrut di Facebook. Menerusi hantaran yang berlainan, Scrut turut mendakwa pihaknya turut membuat semakan dengan unit trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung rekod kenderaan terbabit. ARTIKEL BERKAITAN: Program gah Honda Day jadi bahan lawak! Kereta buruk, enjin semput hadiah utama cabutan bertuah... FL5 hanya ‘mimpi’ ARTIKEL BERKAITAN: Selepas teruk dikutuk bagi hadiah kereta buruk enjin semput... Penganjur terus hantar BMW F30 ke rumah pemenang "Sahabat polis trafik mengesahkan bahawa mereka menerima dua laporan mengenai kemalangan melibatkan BMW F30 itu. "Kemalangan pertama, BMW tersebut dilaporkan tegelincir dan melanggar pembahagi jalan. Manakala kemalangan kedua, tengah parking kena langgar lori," katanya. Terdahulu netizen menimbulkan syak tentang status BMW F30 itu selepas mendapati terdapat kesan bengkok pada rim tayar kenderaan mewah berkenaan. Bagus idea ni, cara kita nak sahkan laporan Scrut adalah buat semakan dengan polis trafik. MARGA MAYA Dalam pada itu platorm berkenaan turut mengingatkan orang ramai yang berhasrat membeli kereta terpakai dan recond agar melakukan semakan sejarah kenderaan terlebih dahulu bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. Sementara itu di ruangan komen, warga maya memuji tindakan Scrut dalam memastikan bakal pembeli mendapat maklumat yang tepat mengenai sejarah kenderaan yang ingin dibeli. BMW F30 sebelum diserahkan kepada pemenang. "Bagus idea ni, cara kita nak sahkan laporan Scrut adalah buat semakan dengan polis trafik. "Dengan data yang legit, seller (penjual) usah letak harga melambung sangat. Sampai masa jual kereta harga mampu milik. Usahlah jual kereta ikut harga 'trending' sebaliknya guna value (nilai) yang sahih. "Payah geng menipu nak buat kerja zaman sekarang kecuali Scrut pun dah 'makan', minta dijauhkan semoga Scrut kekal jujur dan integriti," kata beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube