suria

Suri rumah sanggup bayar lumayan siapa sudi jadi kawan, letih 3 tahun ‘kerja’ tanpa cuti - “Anak panggil pun rasa penat”

Suri rumah juga tidak terlepas daripada menempuhi ujian kehidupan. -Gambar hiasan

SETIAP insan mempunyai impian kerjaya atau profesion yang tersendiri.

Namun disebabkan kekangan tertentu, sesetengah individu tidak mempunyai pilihan melainkan akur dengan haluan kerjaya yang sudah tertulis untuk dirinya.

Melalui satu perkongsian di laman TikTok, seorang wanita yang merupakan suri rumah sepenuh masa meluahkan rasa penat mengharungi liku-liku kehidupan hariannya.

Kehidupan sebagai suri rumah tidak seindah yang disangka. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, dia ingin bersosial dan berhubung dengan dunia luar, memandangkan dirinya digambarkan sering terperangkap di dalam rumah sehingga tersisih dari kehidupan bermasyarakat.

"Ada tak sesiapa di Melaka sudi berkawan dengan saya? Saya teringin nak ada peneman untuk masak sama-sama dan buat kerja rumah sekali. Saya tolong bayar semua, tak mengapa, asalkan ada kawan.

"Saya jadi suri rumah sudah tiga tahun. Jadi suri rumah ni berbeza daripada kerja biasa, saya tiada cuti seperti orang lain, setiap hari harus 'bekerja'. Tak boleh keluar healing dengan kawan, tak boleh melepak sekali, saya tiada semua tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah tersakiti meluat rakan-rakan suami datang rumah borak hal pejabat, konon merekalah ‘terpaling’ bekerja!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak sangka suami sanggup scam bini sendiri! Masa bercinta izin jadi suri rumah, lepas kahwin tak bagi resign

"Saya sepanjang masa hadap kerja rumah, hadap anak-anak, hadap dinding dan hadap kipas," ujarnya kecewa.

Tambah wanita itu, dia merindui zaman muda mudinya yang 'meriah' dengan sahabat.

"Teringin sangat nak ada kawan macam zaman kolej dan sebelum kahwin dulu. Sekarang saya ada je kawan tapi hanya boleh berhubung secara dalam talian seperti WhatsApp, Facebook dan Instagram.

Saya rasa sis sejenis yang extrovert, kalau begitu kehidupan sebagai suri rumah sangat tak sesuai untuk sis.

WARGA MAYA

"Seronok tengok suami boleh keluar rumah untuk bekerja, buat dobi dan sebagainya. Saya tak dapat merasai semua tu. Sampai satu tahap, saya dengar anak panggil nama saya pun dah terasa penat.

"Tolong jangan salah faham, saya bukan tak bersyukur dengan rezeki yang saya miliki, saya tahu saya ada rumah, suami dan anak. Tapi sekarang ni saya perlukan rehat sekejap.

"Paling penting saya teringin sangat nak ada kawan yang boleh teman saya," katanya meluahkan isi hati.

Pelayar bertukar pandangan.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya memberikan beberapa cadangan untuk membantu wanita itu.

"Saya rasa sis sejenis yang extrovert, kalau begitu kehidupan sebagai suri rumah sangat tak sesuai untuk sis. Boleh bincang dengan suami jalan yang terbaik untuk selesaikan masalah ni.

"Boleh cari di Facebook, mesti ada grup komuniti untuk suri rumah di kawasan terdekat. Boleh cuba masuk dan buat kawan baharu, mereka pun selalu anjurkan aktiviti secara berkumpulan.

"Sis kena pelbagaikan aktiviti dalam rutih harian tu, jangan hanya buat kerja rumah je, cuba keluar untuk bersenam, buat hobi atau jamu mata di pusat beli-belah. Barulah hidup tak terkurung," demikian kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain