KETIKA nama pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura hangat diperkatakan ramai, sebuah syarikat aksesori kenderaan mengambil kesempatan dengan menawarkan diskaun sehingga 50 peratus kepada pemilik yang mahu memasang cermin gelap (tinted). Menerusi hantaran di Facebook rasmi syarikat yang beroperasi di Jalan Reko, Kajang, Selangor itu, diskaun berkenaan diberikan kepada individu yang bernama Fattah. Difahamkan tempoh diskaun adalah terhad sehingga akhir Oktober sahaja. Promosi yang diiklankan syarikat berkenaan di Facebook. Bukan itu sahaja, syarikat berkenaan turut memberikan diskaun yang sama kepada pemilik kereta jenis Honda SM4, merujuk kepada hadiah cabutan bertuah Honda Day Malaysia 2024 yang tular di media sosial. "Customer (pelanggan) nama Fattah dan juga siapa pengguna Honda SM4, kami nak bagi less tinted 50 peratus untuk bulan Oktober ni. Tag mereka ya," demikian tulis pengendali akaun syarikat berkenaan di Facebook. Menerusi hantaran yang berbeza, mereka turut memberi diskaun yang sama kepada individu yang bernama Emma. ARTIKEL BERKAITAN: Baru beli kereta? Elak buat tiga kesilapan ini ketika pasang ‘tinted’ cermin ARTIKEL BERKAITAN: Macam masuk oven! Selain tinted cermin, cuba cara ini elak bahang parkir kereta bawah panas terik Difahamkan pemberian diskaun itu susulan pelakon Emma Maembong mendedahkan dia sudah bercerai dengan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar. "Nama Emma pun ada less 50 peratus untuk tinted. Jemput ya," katanya. Sementara itu, di ruangan komen warga maya menyatakan individu yang mempunyai nama Fattah, Emma serta pemilik kereta Honda SM4 sangat beruntung kerana diskaun yang diberikan sangat tinggi. Nama Diana tiada ke bos? Jangan pilih kasih, saya ni comel orangnya. WARGA MAYA Rata-rata pengguna Facebook juga berharap diskaun yang sama diberikan kepada individu lain tanpa memilih kasih. "Siang tadi nama Fattah dia bagi diskaun. Kemudian nama Emma pula dapat diskaun. Netizen pun tak tau nak nangis atau nak gelak, laju betul dia buat bisnes. Honda SM4 yang tular di media sosial. "Followers (pengikut) saya yang bernama Fattah dan Emma, rezeki anda dapat diskaun. "Nama Diana tiada ke bos? Jangan pilih kasih, saya ni comel orangnya," kata beberapa netizen. Membalas komen berkenaan, syarikat itu memaklumkan mereka sentiasa memberi diskaun bagi nama tertentu dan orang ramai perlu sentiasa peka dengan setiap hantaran di media sosial. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube