suria

Suara suami terketar-ketar terjah bini dekat pondok polis, dakwa curang dengan anggota penguat kuasa

Seorang lelaki merakam isterinya yang didakwa berlaku curang.

KISAH melibatkan kecurangan yang berlaku dalam sesebuah rumah tangga ketika ini boleh dikatakan banyak dikongsikan di media sosial.

Terbaharu, seorang suami merakamkan detik-detik ketika dia mengekori isterinya yang didakwa bermain kayu tiga dengan menaiki kereta bersama lelaki lain.

Lebih mengejutkan, 'kekasih gelap' isterinya itu didakwa berkhidmat sebagai anggota penguat kuasa dalam sebuah badan beruniform.

"Terima kasih ya Allah dengan petunjukMu. Doaku dimakbulkan. Sekadar berkongsi untuk pengajaran," tulisnya di ruangan kapsyen video TikTok yang dikongsi.

Tangkap layar rakaman video yang dikongsikan di TikTok.

Menurut lelaki itu, walaupun kecewa dengan sikap isteri yang menjalinkan hubungan terlarang, namun dalam masa sama dia lega kerana perbuatan keji itu akhirnya terbongkar di depan matanya sendiri.

"Orang dok mai (datang) bercerita kata isteri hang (kamu) ada hubungan sulit dengan anggota penguat kuasa. Sudah terbukti," ujar lelaki berkenaan dalam loghat utara.

Menerusi video yang dimuat naik, dia pada mulanya dilihat memandu kereta dari arah bertentangan menuju ke sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi berwarna hitam yang diparkir berdekatan sebuah premis, dipercayai pondok polis.

Selepas memberhentikan kenderaan berhampiran Myvi tersebut, dia segera turun dan mendesak isterinya yang berada pada bahagian tempat duduk pemandu supaya membuka pintu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jalan sesak tapi cepat sampai tempat kerja, suami jejak isteri guna aplikasi! Sah tumpang abang ipar, kantoi curang

ARTIKEL BERKAITAN: Anak, bini di Putrajaya tapi doktor mahu kekal di Sarawak! Isteri syak suami hanyut dengan penyondol - “Di sana godaan sangat besar”

Kedengaran suara lelaki itu terketar-ketar, dipercayai kerana sedih dan marah melihat kecurangan di depan matanya.

Pada waktu sama, turut kelihatan seorang anggota penguat kuasa bersama seorang lelaki memakai baju-T, dipercayai kedua-duanya rakan sekerja sedang berbual di belakang Myvi tersebut.

Mereka berdua nampak terkejut apabila dihampiri lelaki berkenaan yang sedang beremosi sambil membuat rakaman.

Tentu ada sebab mengapa isteri curang. Cuba bawa bincang dulu.

NETIZEN

"Bukalah pintu, bini kita (saya)... Hang bawa, aku follow (ikut) dari tadi," katanya kepada pemuda yang memakai baju-T.

Lelaki itu juga memberitahu bahawa dia sudah mengekori isterinya dan lelaki berbaju-T itu sejak awal, sebelum kereta Myvi diparkir di lokasi tersebut.

Selain itu dia juga mengugut untuk membuat laporan kepada pihak atasan organisasi pemuda itu bekerja berhubung tindakannya menjalinkan hubungan dengan isteri orang.

Menerusi video dikongsikan, lelaki itu turut menyatakan bahawa wanita tersebut masih lagi berstatus isteri kepada dirinya yang sah.

Tidak lama kemudian, isterinya terus memecut keretanya dan meninggalkan si suami serta dua lagi pemuda yang mana lelaki memakai baju-T dipercayai kekasih gelapnya.

"Buka, buka, buka! Allahuakhbar! Awat tak buka? Hah pasai pa (kenapa) nak lari?" katanya dalam nada yang tegas dan tertekan.

Hantaran yang dikongsikan ini meraih pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata berang melihat video tersebut.

Dalam pada itu ada juga dalam kalangan mereka yang memberi nasihat dan tindakan yang sepatutnya dilakukan lelaki tersebut.

Komen netizen di TikTok.

"Tentu ada sebab mengapa isteri curang. Cuba bawa bincang dulu. Selesaikan cara yang betul.

"Selalu macam tu la. Lelaki curang isteri setia, bini setia lelaki curang. Ini la kehidupan.

"Simpan bukti banyak-banyak nanti kalau berpisah isteri curang tak dapat hak ke atas anak. Jatuh pada kita 100 peratus," kata beberapa netizen.

Jika benar si isteri melakukan perbuatan tersebut dan mempunyai hubungan dengan lelaki lain, dia telah dikira nusyuz dan perbuatan itu adalah satu dosa besar.

mStar cuba mendapatkan maklum balas daripada pemilik video selepas perkongsiannya viral namun masih tiada respons diterima sehingga kini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia