HUBUNGAN antara suami isteri yang terbatas oleh jarak sememangnya tidak terlepas daripada ujian. Dalam satu hantaran yang dikongsikan di laman sosial, seorang wanita meluahkan rasa curiga terhadap suaminya yang disyaki bermain kayu tiga ketika bertugas di perantauan. Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti itu, nalurinya kuat menyatakan ada sesuatu perkara yang tidak kena lebih-lebih lagi apabila suaminya menunjukkan perubahan sikap. "Suami saya seorang doktor bekerja di Sarawak. Sekarang saya dah pulang ke Semenanjung, tinggal di Putrajaya rumah bapa mentua. "Suami saya sampai sekarang masih tak dapat tukar tapi saya syak, dia tak nak tukar kerana pernah 'kantoi' dia ada wanita lain selain saya," tulisnya pada hantaran di satu laman grup Facebook. Komunikasi adalah cara terbaik untuk menyelesaikan salah faham. -Gambar hiasan Tambah wanita tersebut, dia merasakan suaminya turut mengambil kesempatan atas situasi berkenaan bukan hanya berlaku curang malah berlagak seperti seorang lelaki bujang. "Sudahlah semua banyak bapa mentua saya tolong, dia elok je duduk bersenang-lenang dekat sana. "Anak tiga orang memang harapkan bapa mentualah tolong bawa jalan-jalan," luahnya yang merupakan seorang suri rumah. ARTIKEL BERKAITAN: Jalan sesak tapi cepat sampai tempat kerja, suami jejak isteri guna aplikasi! Sah tumpang abang ipar, kantoi curang ARTIKEL BERKAITAN: Suami angkut skandal balik rumah, buat maksiat waktu solat Jumaat! Isteri nampak ‘wanita’ melalui kamera pantau kucing Justeru untuk mengelakkan situasi tidak diingini daripada berlaku, dia berhasrat untuk mengambil tindakan sewajarnya agar suaminya tidak terus 'hanyut' sepanjang mereka menjalani hubungan jarak jauh. "Adakah salah jika saya call sendiri Putrajaya untuk bertanya betul ke suami saya tu memang minta tukar kerja ke Semenanjung. Adakah pertanyaan saya akan dilayan? "Kalau betul suami ada orang lain, boleh tak saya buat aduan di tempat kerja orang tu? Bolehkah saya saman atas sebab gangguan orang ketiga?" luahnya lagi. Mana-mana lelaki, suami ke bujang ke... kalau duduk Sabah Sarawak hanya mereka pernah duduk sana je yang tahu. NETIZEN Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian warga maya yang tampil dengan reaksi yang pelbagai. Namun rata-ratanya menyarankan supaya dia menetap bersama suaminya untuk mengelakkan syak wasangka akhirnya menjadi kenyataan. Reaksi netizen terhadap perkongsian individu berkenaan. "Mana-mana lelaki, suami ke bujang ke... kalau duduk Sabah Sarawak hanya mereka pernah duduk sana je yang tahu. Godaan sangat besar, lagi pula doktor... jadi rebutan. Itu pengalaman saya sendiri dan kawan-kawan. "Tempat isteri di sisi suami. Isteri yang bekerja sanggup mohon tukar ikut suami. Sepatutnya kamu tak ada masalah bersama suami sebab suri rumah. "Saya duduk Sarawak ni nak masuk empat tahun. Macam-macam hal jumpa. Puncanya awak sendiri... dah kenapa tak nak duduk sekali dengan suami? Awak yang buka peluang dekat suami awak," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube