suria

Batal nikah saat akhir tapi enggan bayar 1 sen pun, wanita heret bakal suami ke mahkamah... Peguam bantu peroleh kemenangan

Bakal pengantin berdepan kerugian apabila majlis dibatalkan pada saat akhir. -Gambar hiasan

PEMBATALAN majlis perkahwinan pada saat-saat akhir bukan sahaja menyebabkan bakal pengantin terpaksa menanggung malu, malah mereka juga berdepan kerugian yang besar.

Di Facebook, seorang peguam dikenali sebagai Jastina Mohd Junus tampil berkongsi kisah mengenai seorang wanita yang turut berdepan situasi sama.

Dalam perkongsian itu, Jastina berkata mangsa merupakan seorang wanita yang mana bakal suaminya bertindak memutuskan hubungan sebulan sebelum mereka dijadualkan untuk berkahwin.

2288711

Bayaran untuk katering dan dewan biasanya dibuat berbulan-bulan sebelum majlis. -Gambar hiasan

"Tular kes tak jadi nikah. Saya ada satu kes seperti ini. Sebulan lagi nak nikah tiba-tiba pihak lelaki batalkan kerana alasan tak sekufu sedangkan semua persiapan dah dibuat.

"Jemputan telah diedarkan, termasuk dalam grup WhatsApp. Pihak perempuan nak bincang cara elok untuk ganti rugi persiapan majlis tapi pihak lelaki berkeras tak nak bayar ganti rugi walau satu sen.

"Masih terngiang-ngiang di telinga saya keterangan yang diberikan oleh ibu bapa defenden sendiri," ujar Jastina memulakan cerita.

Ini bukan soal duit semata-mata. Ini pasal maruah, aib dan perasaan.

JASTINA MOHD JUNUS

Menurutnya lagi, pengadu telah membuat segala persiapan termasuklah tempahan katering, pembayaran dewan acara, baju nikah serta cenderamata untuk tetamu.

Malah, keluarga serta rakan-rakan pengadu juga telah membuat tempahan pengangkutan dan penginapan untuk hadir ke majlis itu.

"Ya mereka menanggung malu dan aib. Semua orang bertanya. Yang pihak terkesan sampai jadi trauma nak kenal mana-mana lelaki. Mak ayah malu. Terpaksa beritahu setiap jemputan bahawa majlis dibatalkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tahu akan dibenci” - Pengantin perempuan buat pengakuan, orang ketiga punca tak muncul majlis kahwin!

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu buat pendedahan mengejutkan tetamu! Anak lelaki tak jadi kahwin, pasangan batal nikah saat akhir... Majlis resepsi bertukar doa selamat

"Kebetulan majlis sepatutnya diadakan pada bulan Syawal. Maka setiap kali tetamu datang ziarah, atau mereka ziarah saudara, maka soalan sama ditanya. Macam-macam spekulasi," ceritanya lagi.

Susulan pembatalan itu, Jastina berkata pengadu akhirnya melantik peguam untuk mendapatkan keadilan atas kerugian yang dialami dia dan keluarganya.

"Kami bawa tuntutan ini ke Mahkamah Sivil. Pihak defendan failkan striking out atas alasan Mahkamah Sivil tak ada bidang kuasa.

"Tapi gues what? Mahkamah Sivil ada bidang kuasa mendengar kes ganti rugi tak jadi kahwin melibatkan orang Islam tapi ada syaratnya.

kahwin1

Keluarga pengantin terpaksa menanggung malu akibat pembatalan majlis perkahwinan. -Gambar hiasan

"Semasa proses perbicangan, pihak lelaki masih berkeras tak mahu bayar ganti rugi. Alhamdulillah, kami berjaya.

"Jadi, tempoh untuk mereka bayar dah tamat, sekiranya mereka enggan bayar ikut apa yang diputuskan oleh mahkamah, see you in court again," ujarnya.

Menurut peguam itu, kes berkenaan bukanlah semata-mata tentang wang, tapi ia melibatkan maruah bakal pengantin dan keluarganya juga.

"Ini bukan soal duit semata-mata. Ini pasal maruah, aib dan perasaan. Bukan sahaja bakal pengantin, tapi seluruh keluarga.

"Boleh kongsi penulisan ini supaya semua tahu hak masing-masing sebagai pihak terkesan," pesan peguam itu lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain