APABILA berlakunya pertikaian mengenai tanah, dokumen hitam putih menjadi penentu utama untuk menentukan siapa pemiliknya. Di Facebook, seorang individu tampil berkongsi kisah keluarganya yang menetap di atas tanah milik orang lain selama lebih 40 tahun. Dakwanya, pemilik asal memberi kebenaran untuk keluarganya menetap di lokasi itu sejak tahun 1980, namun mereka tidak mempunyai sebarang dokumen untuk membuktikannya. Dokumen hitam putih diperlukan untuk membuktikan hak pemilikan tanah. -Gambar hiasan "Saya dan keluarga menetap atas sebidang tanah selama 40 tahun lebih, termasuk tahun ini. Sekarang hanya ibu ayah saja tinggal di rumah atas tanah ini. "Ayah saya mula menghuni tanah ini tahun 1980 atas kebenaran pemilik asal iaitu datuk saudara saya tanpa sebarang kebenaran bertulis, tapi ramai saksi yang masih hidup mengetahui hal ini. "Ayah dibenarkan tinggal di situ dengan syarat tak ganggu hak pewaris lain. Ayah saya buat kerja menambak tanah dan bina rumah di tanah tersebut," ceritanya. Bolehkah ayah saya menuntut apa-apa pampasan? Bagaimanakah prosedur sebenar untuk membuat pengusiran? PENGADU Namun katanya, pertikaian mengenai tanah berkenaan mula berlaku selepas 20 tahun mereka menetap di sana. Jelasnya, dia sekeluarga menerima notis pengusiran pada tahun 2000, namun mereka tidak berpindah kerana tiada sebarang tindakan diambil oleh pewaris tanah berkenaan. "Selepas lebih 20 tahun tinggal di situ, tanah itu dibawa ke mahkamah oleh waris-waris pemilik asal selepas kematian pemilik asal. Tanah itu mempunyai ramai penama pada geran tanah. Tanah itu juga tidak mempunyai lot atau petak tanah dan hanya disebut bahagian yang dimiliki bagi setiap penama. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita pindah rumah tak tahan ‘bela’ 2 abang dan adik pemalas! Dah macam kuli, ibu masih ‘backup’ anak lelaki ARTIKEL BERKAITAN: Berkenan sangat dengan rumah dihuni, penyewa ‘sentap’ owner tak nak jual! Dah 4 bulan mogok tak bayar sewa "Pada pertengahan tahun 2000, tuan tanah baharu memberi notis pengusiran selama sebulan melalui firma guaman yang dilantik. Ayah saya tetap tinggal di situ sehingga tamat notis dan tiada tindakan susulan langsung daripada pemilik tanah sejak itu. "Pemilik tidak langsung datang untuk berunding untuk sewaan, menjual tanah atau apa-apa tindakan pengusiran melalui arahan mahkamah," ceritanya lagi menerusi grup Facebook Peguam dan Pengguna Malaysia (PPM). Selepas lama sepi tanpa sebarang perkembangan, individu itu berkata keluarganya sekali lagi menerima notis pada tahun lepas selepas tanah tersebut dijual kepada pemilik baharu. Dalam perkongsiannya di Facebook, dia turut meminta pandangan golongan peguam sekiranya dia sekelurga boleh menuntut sebarang pampasan atas apa yang berlaku. "Pada awal tahun lepas, penama-penama di dalam geran mula mengukur tanah masing-masing dan tanah yang diduduki kami rupanya milik orang lain pula. Kami bercadang untuk membeli tanah tersebut, tetapi pemilik tanah tidak mahu menjual. Nilai tanah yang tinggi menyebabkan ia sentiasa menjadi rebutan. -Gambar hiasan "Pemilik tanah juga tidak tinggal di situ. Saya berpendapat disebabkan tanah tersebut tidak mempunyai sempadan atau lot-lot kecil di dalam geran, penama-penama di dalam geran tanah boleh saja menyatakan hak mereka di mana-mana. "Soalan saya, bolehkah ayah saya menuntut apa-apa pampasan? Bagaimanakah prosedur sebenar untuk membuat pengusiran?" ujarnya lagi. Di ruangan komen, seorang peguam memberitahu keluarga individu itu perlu berpindah memandangkan kebenaran oleh pemilik asal telah luput. "Tak boleh. Tuan hanya boleh keluar daripada tanah itu je. Sebab pemilik asal dah meninggal. Kebenaran tu pun dah luput," jawab seorang individu. "Secara undang-undang tak boleh. Tapi boleh cuba dapatkan nasihat peguam untuk tuntutan pampasan. Sepatutnya awal dulu masa terima notis pengusiran, telah bersedia untuk pindah keluar. Perjanjian yang dibuat pun tak sah sebab tiada dokumen bertulis. Tambahan pula pemilik asal telah meninggal dunia," jawab seorang lagi individu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube