HADIAH utama cabutan bertuah Honda Day Malaysia 2024 hanya menjadi bahan ketawa kerana dianggap tidak segah nama program tersebut, serta barisan kereta yang memeriahkan acara di Litar Antarabangsa Sepang itu, Sabtu. Mana tidaknya! Hadiah cabutan bertuah yang dinantikan ribuan pengunjung pada tengah malam itu rupa-rupanya hanyalah kereta Honda Accord keluaran 1992 berwarna hitam kusam yang dijual pada harga RM3,500. Lebih mengundang ketawa, kereta jenis Injection Twincam itu dipercayai dibeli menerusi Facebook berdasarkan nombor pendaftaran kereta berkenaan. Hadiah utama dibeli dari Facebook itu juga enjinnya dikatakan dalam keadaan semput. - Foto Facebook Menerusi perkongsian Che Din di Facebook, dia berkata lebih 5,000 pemilik kereta Honda pelbagai model hadir pada program berkenaan dan peserta perlu membayar yuran RM90 sebelum diberikan baju T dan beg 'goodie'. "Patut la orang tanya organizer (penganjur) nombor satu hadiah apa, senyap tak jawab. Ingat dalam selimut ada Honda Civic Type R FL5 (harga lebih RM350,00). "Aduhai dengan kereta pun tak bercat. Malu dengan tetamu yang hadir sejauh dari Siam (Thailand)," katanya yang turut memaklumkan sebanyak 8,000 helai baju T dan cendera mata telah terjual. ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik restoran kecewa pemandu kereta Honda gagal bayar piza, sanggup larikan diri senyap-senyap ARTIKEL BERKAITAN: Isteri merajuk suami beli Honda FL5! Siap keluar simpanan 6 angka bayar down payment... Cita-cita nak berhenti kerja terbantut Menerusi perkongsian video berasingan, enjin kereta berkenaan juga dikatakan 'semput' dan hanya boleh dipandu sekitar 30km/jam. Berdasarkan komen warga maya pada perkongsian Che Din, dianggarkan penganjur meraih RM720,000 hasil kutipan yuran RM90 daripada pengunjung. Reaksi warga maya. - Foto Facebook Malah, ada juga yang berkongsi hadiah cabutan bertuah dalam acara melibatkan motosikal iaitu sebuah kereta mewah. "RM90 x 8000pcs =RM720,00, 1st prize RM3,500, kaya kaya kaya," kata Aylmer Vector. "Event RXZ pon dapat Alphard," kata Nurhanisah Sulaiman. "Event Y15 pun dapat BMW adeh," celah Sam Dany. "Kalau bagi Honda Jazz pun dah okay, harga pun tak mahal mana tapi nak buat macam mana organizer hanya kejar untung semata-mata, bukan nak menghargai supporter yang datang jauh-jauh habis duit demi event," kata Abe Din. Demi menjaga nama baik Honda Day Malaysia, dalam masa terdekat kami akan hantar semula (kereta) yang lain ke rumah pemenang. REMY AMPANG Sementara itu, penganjur program yang dikenali sebagai Remy Ampang memohon maaf susulan tularnya hadiah berkenaan dan memaklumkan kereta tersebut ditaja oleh Black Mafia Garage dari Batu Pahat, Johor. Lelaki berkenaan berkata dalam tempoh terdekat kereta lain akan dihadiahkan bagi menggantikan kereta sebelum ini. Kereta yang dijadikan hadiah didakwa 'semput'. - Foto Facebook "Hadiah tersebut telah sampai kepada kami seminggu sebelum tarikh event dan kami dalam keadaan kelam kabut dan tidak sempat untuk pihak kami mengelokkan (mencantikkan) dan mencari ganti yang lain. "Bagaimanapun demi menjaga nama baik Honda Day Malaysia, dalam masa terdekat pihak kami akan hantar semula (kereta) yang lain ke rumah pemenang dan kami akan buat siaran langsung di TikTok secara terbuka," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube