suria

Pemuda sakit hati housemate sewa bilik paling kecil berlagak tuan rumah! Kawal semua ruang, siap keluar memo bayar bil

Seorang lelaki tinggal menyewa bersama penghuni lain. -Gambar hiasan kiri (x)

TINGGAL di bawah satu bumbung dengan kawan-kawan membuatkan kita tidak dapat lari daripada berdepan dengan pelbagai ragam dan kerenah masing-masing.

Walaupun sudah kenal lama, itu tidak bermakna masing-masing 'sekepala' dan boleh menerima baik, buruk setiap rakan.

Kehidupan seorang pemuda berubah selepas menyewa bersama seorang rakan yang dikenalinya sejak belajar di tempat sama.

“Aku kenal mamat ni dah lama, dari zaman belajar lagi. Kebetulan aku cari bilik sewa, aku nampak dia post bilik kosong.

“Dah aku kenal dia, aku pun contact nak sewa sekali. Dah kenal, harap semuanya okay la kan. Tapi siapa sangka, dia ‘dajal’ punya perangai,” luahnya.

Pemuda berkongsi pengalaman mengenai rakan serumah. -Gambar hiasan

Menerusi luahan di laman Threads, pemuda itu memaklumkan rakan serumahnya itu menyewa sebuah bilik yang paling kecil, tetapi didakwa bersikap angkuh.

“Dia control rumah macam rumah bapa dia. 24 jam duduk dekat ruang tamu macam tugu. Lepas tu... dapur dan ruang tamu, dia conquered seorang.

“Jika ada orang guna, dia akan terpekik terlolong macam orang sawan,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah pening layan pelajar IPT, batal janji sewa saat akhir... Duit deposit pula dah habis beli tilam, katil baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Bisnes maju, kereta banyak tapi duduk rumah sewa... Lelaki ini bahagia bayar RM210 sebulan sejak 14 tahun lalu

Meneruskan cerita, dia juga perlu membayar sejumlah wang kepada rakannya itu sejak bulan pertama menyewa.

“Dia minta duit barang dapur RM150. Aku pun bagi je la, sebab aku pun nak guna. Tapi aku tanya la, RM150 untuk aku seorang? Macam banyak je?

“Dia kata nanti dia topup. Aku jenis tak banyak bunyi, jadi aku diamkan je. Suatu hari tu, dia tiada di rumah dan sejak aku sumbangkan sejumlah wang, aku pun masak nasi dengan lauk sikit, cukup-cukup untuk sekali makan.

“Cuba teka? Dia mengamuk macam aku guna barang dia. Aku ni jenis malas nak dengar orang bising-bising, aku pun berhenti guna dan berhenti beri duit,” tambahnya.

Aku ni jenis malas nak dengar orang bising-bising, aku pun berhenti guna dan berhenti beri duit.

PENYEWA

Tidak hanya 'pandai mengarah', katanya, perangai lelaki berkenaan menjengkelkan dan berlanjutan sehingga ke dalam grup WhatsApp antara rakan-rakan serumah.

Tinggal bertiga bersama seorang lagi penyewa, dia turut mendakwa bahawa rakannya itu sering mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mereka berdua.

“Dia meroyan dalam grup rumah maki, cakap kami tak kemas rumah. Aku pun tanya la, siapa yang duduk dekat hall? Siapa yang memasak? Siapa yang conquered satu rumah,” jelasnya.

Rakan serumah meminta untuk membuat bayaran tidak masuk akal. -Gambar hiasan

Menurut pemuda itu, biliknya mengalami kebocoran sejak dua bulan lalu dan sudah berhubung dengan pemilik rumah.

“Banjir kot bilik, kesan pada kipas siling sebab air menitik betul-betul atas kipas. Jadi pemilik nasihatkan aku supaya guna penyaman udara sampai isu bocor tu dia selesaikan.

“Kemudian aku cakaplah, bil mahal nanti. Dia kata tak apa, dia selesaikan. Duit sewa pun dia turunkan RM100. Pum pam pung pam, settle la.

“Tapi dia ni ambillah kesempatan sebab dia yang mengira butiran bil bulanan. Dia suruh aku bayar RM100 lebih,” katanya.

Pertikaian itu membangkitkan kemarahannya memandangkan pemilik rumah yang menguruskan bil utiliti.

“Dia cakap itu bayaran termasuk bil air and utiliti lain-lain. Aku cakap, kau ingat aku buka kolam renang awam ke dalam bilik aku sampai air harga RM100?

“Waktu itu aku baru balik ke rumah, dan tiba-tiba dia soundKuat lagi tutup pintu tu, perlahan sangat tu’. Aku pergi dekat muka dia ‘apa masalah kau?’. Dia diam. Kemudian esoknya dia tampal memo bil utiliti di pintu.

“Bil aku RM46 dan bil seorang lagi RM25. Aku pun minta copy bil daripada pemilik rumah. Jelas sekali bil itu dibahagi kepada dua!” katanya yang berang dengan sikap rakan serumahnya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain