GANGGUAN makhluk halus boleh menjelma di mana-mana pada bila-bila masa sahaja. Melalui satu hantaran tular di laman TikTok, seorang wanita menceritakan pengalaman seram yang dilaluinya ketika singgah solat Maghrib di sebuah masjid sekitar Kelantan. Menurut wanita itu, dia pada mulanya merancang hendak berhenti solat di surau stesen minyak sahaja tetapi tidak dipersetujui rakannya. Pahala ibadah di masjid adalah berlipat kali ganda. -Gambar hiasan "Aku dah ajak kawan aku untuk solat di surau je, tapi dia beria-ria nak cari masjid juga, katanya lebih selesa. Aku siap yakinkan lagi yang surau stesen minyak dekat Kelantan ni rata-ratanya terjaga, bukan usang macam di tempat lain. "Memandangkan waktu Maghrib sudah suntuk, aku pun setuju untuk cari masjid demi kawan aku. Cari punya cari, akhirnya kami tiba di sebuah masjid sekitar kawasan kampung. "Masjid tu tidak semeriah seperti masjid-masjid di ibu negeri, Kota Bharu. Ia nampak agak muram, aku dah sedikit cuak waktu tu, rasa gelisah mula timbul dalam hati. Tapi aku kuatkan semangat teruskan juga. ARTIKEL BERKAITAN: Air mayat terpercik di badan, anggota penguatkuasa berdepan kejadian aneh ketika pulang ke rumah ARTIKEL BERKAITAN: Lima minit yang menginsafkan! Anak pengurus jenazah masuk peti simpan mayat... Ramai takut terkena badi orang mati "Masuk je masjid, aku terus cari tempat mengambil wuduk, rupanya terletak di bahagian belakang berhampiran tanah perkuburan, aku semakin rasa tak sedap hati," imbas wanita itu. Lebih membuatkan wanita itu gusar apabila dia ditinggalkan keseorangan oleh rakannya di tempat mengambil wuduk itu. "Boleh pula kawan aku selesai berwuduk lebih cepat daripada aku, selepas tu dia terus masuk dalam masjid, tinggalkan aku seorang diri dekat situ. Aku pun apa lagi, kelam kabut la nak habiskan berwuduk ni. "Aku terus pakai pakai tudung secara ekspres dan buka langkah seribu untuk masuk masjid. Tengah aku berlari tu, mata aku terpandang ke dalam bilik pengurusan jenazah. Itu pasal saya sebagai wanita takut pergi masjid waktu malam, sebab kalau nak masuk ke ruang solat mesti kena lalu depan bilik pengurusan jenazah. WARGA MAYA "Aku perasan ada sekujur tubuh di atas pembaringan tempat orang mandikan jenazah tu, darah aku tersirap habis waktu ni. Kemudian boleh pula tubuh tu berpusing dan pandang ke arah aku, masih jelas dalam ingatan sampai sekarang. "Mukanya berulat dan penuh darah serta matanya tersembul keluar," ujar wanita itu. Walaupun begitu, wanita tersebut menjelaskan penampakan makhluk halus itu tidak meninggalkan trauma yang mendalam. "Saya juga pernah nampak benda sama di surau kampung saya, ada pocong di bilik mandi jenazah," kata wanita itu secara bersahaja. Pelayar bertukar pandangan. Menjengah ke ruangan komen, warga maya mempersoalkan mengapa kebanyakan ruang solat wanita di masjid terletak berhampiran bilik pengurusan jenazah. "Itu pasal saya sebagai wanita takut pergi masjid waktu malam, sebab kalau nak masuk ke ruang solat mesti kena lalu depan bilik pengurusan jenazah. Tak faham kenapa pihak masjid buat susun atur macam ni, selalu dah terkena. "Kalau berteman mungkin okay lagi nak pergi solat tu, tapi kalau seorang diri memang ketar lutut ni. Kadang-kadang tu nak je saya heret suami supaya solat sekali di ruang solat wanita. "Saya beranggapan itu hanyalah iblis untuk menghalang kita daripada menyembah Allah, jangan takut," kata beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube