suria

Staf bengang syarikat ‘menyibuk’ hal hutang peribadi, pandai-pandai potong elaun hanya kerana kenal pemiutang

Syarikat dan pekerja tertakluk kepada Akta Kerja berhubung isu gaji. -Gambar hiasan

TIDAK menjadi kesalahan untuk berhutang, namun bagi umat Islam, mereka diwajibkan membayar hutang walaupun tidak dituntut oleh pemiutang.

Bagaimanapun, ada segelintir dalam kalangan kita mengambil kesempatan untuk bersikap culas atau berlengah-lengah untuk melunaskan hutang.

Dalam satu hantaran di laman Facebook, seorang pelayar meluahkan rasa tidak puas hati apabila urusan hutangnya mendapat campur tangan daripada syarikat tempat dia bekerja.

hutang 1

Setiap individu khususnya umat Islam diwajibkan membayar hutang yang dibuat. -Gambar hiasan

"Bahagian kewangan kenal orang yang saya hutang tu. Tiba-tiba elaun masuk dan bahagian kewangan nak tolak elaun saya dan bayar kepada orang yang saya hutang tanpa kebenaran saya.

"(Bahagian) kewangan masukkan hal personal dengan hal kerja," luahnya dalam hantaran berkenaan.

Bagaimanapun, pelayar tersebut tidak menyatakan secara spesifik jumlah hutangnya dengan individu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini terpaksa guna cara ‘agak kasar’ ajar rakan liat bayar hutang! Reaksinya selepas dilihat makan di restoran mahal amat menjengkelkan

ARTIKEL BERKAITAN: Semangat nak tunai umrah tapi risau nama blacklist! Rupanya gelabah sebab tak pernah bayar hutang PTPTN

Tidak berpuas hati tindakan diambil tanpa kebenarannya, pelayar tersebut bertanya pendapat warga maya apa yang boleh dilakukan.

"Boleh ke company menolak gaji saya sebab berhutang dengan orang lain?" luahnya.

Baguslah tu management buat begitu, kena ajar orang macam ni.

NETIZEN

Hantaran pelayar tersebut mengundang reaksi pelbagai daripada warga maya.

Ada antara mereka yang memberikan pandangan dari sudut hukum agama dan undang-undang.

komen hutang

Perkongsian individu berkenaan mengundang reaksi bercampur daripada netizen.

"Ikut Akta Buruh tak boleh macam tu. Kena ada dokumen atau arahan dan sebagainya. Tapi ikut hukum agama, encik kena bayar hutang pada pemiutang tu. Encik ajak bincang baik-baik, bayar ansur-ansur atau macam mana.

"HR (sumber manusia) tak boleh potong elaun sesuka hati. Tapi kalau nak report buruh, dipersilakan. Jangan terkejut kalau lepas tu majikan keluarkan surat untuk hapuskan elaun. Gaji pokok tak boleh sentuh, tapi elaun boleh dimansuhkan. Senang cerita, reda je la. At least hutang tu dah settle.

"Baguslah tu management buat begitu, kena ajar orang macam ni. Management buat bukan sebab tak bayar sebulan dua kot, ni mesti hutang-hutang lama.

"Wah kau sanggup fight sebab kena macam tu tapi hutang buat tak tahu," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain