ROMBONGAN anjuran sekolah menjadi program yang dinanti-nantikan oleh pelajar kerana dapat meluangkan masa di luar bersama rakan-rakan. Namun, seorang bapa agak terkejut apabila melihat tambang yang dikenakan untuk rombongan ke Ipoh, Perak anjuran sekolah anak perempuannya. Membuat perkongsian di Facebook, lelaki itu berkata lokasi utama yang akan dikunjungi rombongan itu adalah Buntong. "Anak saya cakap dia nak ikut rombongan sekolah. Saya pun tanya pergi mana. Dia cakap Ipoh. Ha? Buntong pula tu. Jadual perjalanan yang dikongsikan di Facebook. "Lepas tu dia cakap seorang (bayar) RM185, ha?" tulis lelaki itu menggambarkan perasaan terkejut selepas mendengar penjelasan anak. Melihat kepada tulisan pada lampiran jadual perjalanan yang turut dikongsi, anaknya dipercayai bersekolah di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Seperti yang tertera pada kertas tersebut, murid-murid akan dibawa menyertai rombongan itu pada 10 Januari 2025 dan antara tempat bakal dikunjungi adalah di Kampung Kacang Puteh dan lawatan di sekitar bandar warisan Ipoh. Dalam pada itu, si bapa turut mendedahkan bahawa dia kerap pergi ke Buntong. "Saya hari-hari lalu Buntong, ni pun lalu lagi. Gambar dekat komen nak tunjuk betapa selalunya saya pergi Buntong," katanya yang berkongsi foto sekitar Buntong dan Kampung Kacang Puteh. ARTIKEL BERKAITAN: Emak dan ibu mentua teruja ‘join’ trip ke Hatyai... Anak izinkan asalkan tak bawa balik ‘bapa Thailand’ ARTIKEL BERKAITAN: Bangga anak sambung degree, sekeluarga konvoi 4 buah kereta masuk UKM... Tapi netizen sakat, sebenarnya famili nak ronda-ronda KL Bagi lelaki itu, walaupun kadar yang ditetapkan dianggap tinggi, namun apa yang lebih penting adalah pengalaman dan kenangan yang dicipta untuk anaknya. "Tapi bila dikenang balik, dulu masa saya dekat sekolah ada rombongan ke Kuala Lumpur masa tu harga tambang RM50. Tapi sebab famili tak ada duit, tengok je kawan-kawan pergi. "Lepas balik sebulan dok cerita benda sama. Mungkin itu la kenangan yang ada. Saya dengar pun teruja. Sebenarnya bukan destinasi tu kita nak, tapi kenangan dengan kawan-kawan," katanya yang cuba melihat program itu dari sudut positif. Pergi Buntong pun sudah RM185, kalau pergi KL mau RM1,000 tak lari. NETIZEN Menurut lelaki itu, dia akhirnya bersetuju anaknya menyertai rombongan tersebut tetapi kanak-kanak berkenaan seolah-olah tahu apa yang bermain di fikirannya sebelum itu. "Akhir perbualan saya dan anak, dia cakap papa bagi RM100 je, saya ada RM85. Saya pun okay je. Nanti jumpa dekat Buntong, aku cakap dalam hati," ujarnya yang tidak menyatakan di mana dia menetap. Foto yang dikongsikan oleh si bapa di ruangan komen. Perkongsikan tersebut mendapat pelbagai respon di ruangan komen terutama sekali daripada golongan ibu bapa. Rata-ratanya turut berkongsikan pendapat mereka mengenai rombongan yang disertai anak-anak sebelum ini. Komen netizen di Facebook. "Pergi Buntong pun sudah RM185, kalau pergi KL mau RM1,000 tak lari. "Sekarang trip sekolah memang mahal. Anak saya dua orang sekolah tempat sama. Seorang RM160. Tanya pergi mana. Muzium coklat Kota Damansara. La tu kan 30 minit je dari rumah. Terus tak bagi pergi," kata beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube