KEADAAN hidup keluarganya yang miskin tidak menghalang murid sekolah rendah darjah 6 ini untuk menimba ilmu. Melalui perkongsian di TikTok oleh pempengaruh, Abbe Hae, seorang murid dikenali sebagai Izara dikatakan sanggup berjalan kaki sejauh 3 kilometer untuk hadir ke sekolah, yang mana dia perlu menempuh perjalanan pergi dan balik setiap hari sejauh 6km. Menurutnya, nasib Izara yang berjalan kaki sambil ditemani bapanya terbongkar apabila penduduk kampung Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan terserempak dengan dua beranak itu. Pendidikan penting untuk menjamin masa depan seseorang. -Gambar hiasan "Sebelum ni Izara dan kakaknya dihantar ke sekolah dengan menaiki motosikal oleh ayah, tapi malangnya motosikal mereka sudah rosak. Ditambah pula dengan masalah kewangan, motosikal itu tidak dapat dibaiki. "Kakak kepada Izara yang berada di tingkatan 2 bersekolah lebih dekat, iaitu sejauh 1.5 km dari rumah. Satu pujian wajar diberikan kepada si bapa kerana komited untuk memastikan anak tidak tercicir dalam pembelajaran. "Perkara ini seharusnya menjadi ikutan ibu bapa di luar sana, tidak kisah apa pun rintangan mendatang, pendidikan anak menjadi keutamaan," ujar Abbe Hae kagum. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar miskin bawa guni daftar masuk universiti dapat perhatian menteri, tak perlu risau apa-apa sampai habis pengajian ARTIKEL BERKAITAN: Duit belanja buat umrah hangus, pensyarah ditipu pelajar sendiri... Tak sangka surat tawaran belajar di UK hanya palsu! Tambah Abbe Hae, dia berhasrat untuk membiayai persekolahan Izara memandangkan dia merupakan seorang murid yang sangat rajin mengulang kaji pelajaran. "Setiap kali Izara pulang ke rumah, dia mesti akan cari masa untuk membuka beg dan membuat kerja sekolah. Terharu saya tengok usaha keras dia, InsyaAllah saya akan membantu untuk menyediakan biasiswa bulanan buat Izara. "Ia akan bermula pada Oktober 2024 ini. Selain itu saya akan cuba ikhtiarkan untuk motosikal mereka dibaiki secepat mungkin, segala kos penyelenggaraan akan ditanggung. Saya tak mahu melihat Izara berjalan kaki ke sekolah lagi. Selepas tengok kisah adik Izara ni, tiada lagi alasan untuk kita bermalas-malasan. WARGA MAYA "Kita sama-sama doakan semoga Izara menjadi anak yang berjaya suatu hari nanti dan keluarganya dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan. Terima kasih kepada penduduk setempat yang ada kalanya menumpangkan Izara ke sekolah. "Terima kasih juga kepada mereka yang memaklumkan tentang keadaan keluarga ini kepada saya," kata Abbe Hae mengakhiri kata. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji kebaikan yang disalurkan Abbe Hae untuk membantu Izara. Pelayar bertukar pandangan. "Alhamdulillah, terima kasih kerana sudi membantu wahai orang baik. Semoga lebih ramai individu seperti Abbe Hae dapat muncul di Malaysia ni. "Selepas tengok kisah adik Izara ni, tiada lagi alasan untuk kita bermalas-malasan. Ramai di luar sana yang bekerja keras untuk dapatkan kehidupan seperti kita, tapi sayangnya ramai antara kita yang tak tahu erti bersyukur. "Semoga ada sinar harapan menanti untuk keluarga ini," ujar warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube