MEMILIH teman sehidup semati memerlukan penelitian rapi supaya tidak tersilap membuat keputusan. Namun rata-rata individu masa kini cenderung untuk jatuh hati terhadap pasangan berdasarkan paras rupa dan janji manis yang ditabur. Melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang wanita menzahirkan rasa dilema dengan sikap suami yang dikatakan mempunyai baik dan buruknya. Sikap buruk seorang suami boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga. -Gambar hiasan Menurut wanita itu, dia terguris hati apabila suaminya terlupa tarikh yang dianggap penting dalam rumah tangga mereka iaitu ulang tahun kelahirannya. "Hari jadi saya sepatutnya bulan Jun hari tu, tapi sampai sekarang suami terlupa dan kami langsung tak sambut. Dia selalunya sibuk melepak dekat luar dengan kawan, kurang masa bersama saya. "Tapi suami orangnya baik, dia selalu tolong saya buat kerja rumah. Keluarga mentua pun sangat menyayangi saya. Untuk pengetahuan, saya dan suami tinggal serumah bersama mentua," cerita wanita tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Bau ganja, bising tengah malam... Individu terpaksa lapor polis! Stres, tidur tak tenang berjiran dengan geng student ARTIKEL BERKAITAN: Kahwin 14 tahun tak pernah ada privasi sebab mak mentua ‘kaki mengekor’, suami pula ambil ganja... Isteri hilang sabar! Walaupun begitu, ramai berasa terkejut apabila wanita itu seperti sengaja menutup mata mengenai satu lagi tabiat buruk suaminya yang lebih merisaukan. "Suami kalau keluar melepak dengan kawan, biasanya dia balik lewat dalam pukul 12 tengah malam atau 1 pagi macam tu. "Suami lama duduk dengan kawan sebab dia dok hisap ganja," kata wanita terbabit secara bersahaja. Kalau dah tahu mamat tu kaki ganja daripada awal, kau dah boleh pangkah dia siap-siap kot. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berasa hairan dengan perspektif wanita itu dalam mengkritik suaminya, kerana isu remeh temeh dijadikan permasalahan besar dan sebaliknya. "Pelik awak ni, suami lupa birthday bukan main panjang ditulisnya, tapi suami duduk hisap ganja tu awak macam pandang sebelah mata je. Pelayar bertukar pandangan. "Saya rasa awak ni mesti sejenis yang waktu nak kahwin dengan suami, awak ada mindset kononnya awak boleh ubah suami tu dan bagi peluang dekat dia. Sekarang awak merasa la sendiri akibat daripada kedegilan awak tu. "Lelaki mana yang kau pilih jadi suami ni? Kalau dah tahu mamat tu kaki ganja dari awal, kau dah boleh pangkah dia siap-siap kot," demikian kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube