suria

Lepas kantoi keluar dengan anggota penguat kuasa, isteri tampil tuduh suami curang dulu... Dalam proses tuntut fasakh

Seorang isteri mendedahkan kecurangan suaminya selepas tular kisah dia keluar bersama anggota penguat kuasa.

RAKAMAN tular menunjukkan seorang suami menerjah isterinya sedang 'dating' dengan kekasih gelap dipercayai anggota penguat kuasa merungkai satu lagi kisah baharu.

Dalam satu hantaran di TikTok, si isteri yang didakwa curang tampil membuat penjelasan dan mendedahkan status hubungannya dengan suami yang sudah tidak tinggal sebumbung.

Wanita itu mendakwa, suaminya tidak memberikan kerjasama apabila dia mahu berpisah dengan cara baik.

"Macam ni... benda ni (masalah) dia yang buat hal dari awal tapi saya dengan dia sekarang sudah tak tinggal sekali dekat satu tahun dah.

"Fasakh tengah berjalan (dalam proses tuntutan). Dia tak nak bagi kerjasama dan dia cari point untuk cari salah saya," dakwanya.

Slip kehadiran mahkamah yang dikongsikan sebagai salah satu bukti.

Menerusi hantaran yang dikongsikan, wanita itu menunjukkan slip kehadirannya di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis pada 21 Jun 2023.

Salinan slip tersebut dikongsi dipercayai bagi membuktikan proses penceraian sedang berjalan namun tertangguh kerana tidak mendapat kerjasama suami.

Turut dimuat naik bahan bukti tangkap layar menunjukkan dakwaan kecurangan suami membuat panggilan video dengan beberapa wanita .

Hantaran itu juga menarik perhatian netizen apabila wanita itu menunjukkan kesan luka dan lebam yang didakwa berlaku akibat keganasan yang berlaku dalam rumah tangganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suara suami terketar-ketar terjah bini dekat pondok polis, dakwa curang dengan anggota penguat kuasa

ARTIKEL BERKAITAN: Suami angkut skandal balik rumah, buat maksiat waktu solat Jumaat! Isteri nampak ‘wanita’ melalui kamera pantau kucing

"Pertahankan diri, sis. Kena tali seterika dia tarik. Melelas kulit," ujarnya menjelaskan punca kecederaan dengan membalas komen netizen.

Hantaran yang dikongsikan sejurus posting suaminya tular itu sedikit sebanyak mengubah persepsi orang ramai terhadap wanita ini.

Ada yang bersimpati dengan nasibnya selepas melihat pendedahan yang dibuat dan ada juga tidak bersetuju dia keluar dengan lelaki lain kerana mash belum bercerai.

"Aku kesian dekat kau kak. Tapi tu la terketawa juga nampak muka makcik tu semua. Terutama yang pakai coli jenama Avon tu," komen seorang netizen berhubung tangkap layar panggilan video yang dibuat si suami dengan seorang wanita berumur.

Aku kesian dekat kau kak. Tapi tu la terketawa juga nampak muka makcik tu semua.

NETIZEN

"Isteri tak akan buat hal kalau suami dia baik sebab tu apa yang jadi kena dengar kedua-dua belah pihak.

"Tidak menghalalkan perbuatanmu selagi kamu masih berstatus isteri itu saja. Bila dah selesai semua keluar la kamu dengan sesiapa sahaja," komen beberapa lagi netizen.

Sebelum ini, seorang lelaki berkongsi video mendakwa dirinya dicurangi oleh isteri dengan menjalinkan hubungan dengan anggota penguat kuasa sebuah badan beruniform yang dipercayai kekasih gelapnya.

Dalam video tular yang dimuat naik, lelaki itu merakam detik-detik ketika dia mengekori isterinya yang bermain kayu tiga dengan menaiki kereta bersama lelaki lain.

Respons isteri terhadap komen netizen.

Susulan kejadian, lelaki itu mengugut untuk membuat laporan kepada pihak atasan organisasi pemuda itu bekerja berhubung tindakannya menjalinkan hubungan dengan isteri orang.

Tuntutan cerai secara fasakh dibuat oleh pihak isteri dipercayai kerana dia berada dalam perkahwinan yang mendatangkan kemudaratan kepada diri.

Untuk makluman, fasakh adalah pembubaran nikah biasanya dilakukan pihak isteri kerana suami (yang mempunyai kuasa ini) enggan melafazkan talak secara baik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia