KHIDMAT penjaga pantang atau confinement lady (CL) diambil untuk memudahkan urusan selepas bersalin. Namun melalui satu hantaran tular di laman TikTok, seorang wanita meluahkan rasa kesal dengan sikap acuh tak acuh penjaga pantang yang menetap serumah dengannya. Menurut wanita berkenaan, penjaga pantang itu diperhatikan sambil lewa dalam membuat kerja, malah bermasam muka apabila ditegur. Penjaga pantang perlu dipilih dengan teliti. -Gambar hiasan "Tadi pagi suami pergi berdepan dengan CL buat kali pertama, dia cakap baik-baik je. Suami beritahu CL tu tak perlu terkejar-kejar buat semua benda, hanya fokus skop kerja dia je, sebab nanti dia juga yang penat. "Suami baik hati, siap cakap kerja rumah seperti basuh baju dan melipat semua dia boleh tolong buatkan, yang penting CL jangan terbeban sampai menjejaskan kerja hakiki. "Tapi tanpa disangka, CL tu ambil hati dengan teguran suami saya. Sepanjang hari tu CL tak mahu bercakap dengan saya dan buat muka apabila berjumpa saya. Sikit pun tak mahu minta maaf. ARTIKEL BERKAITAN: Setiap kali balik mengurut, mesti buka cerita aib klien! Ibu hamil ‘pangkah’ saudara sendiri jadi CL, rela upah orang luar ARTIKEL BERKAITAN: Ibu banyak songeh, tak sokong anak perempuan guna khidmat CL... Beri alasan tak selesa orang luar masuk rumah "Saya agak terkilan dengan perangai CL tu, tapi silap saya juga, sepatutnya saya bertegas dari awal. Kita sebolehnya nak CL tu selesa duduk dengan kita, tapi janganlah sampai terlalu selesa," ujar wanita itu kecewa. Enggan mengeruhkan keadaan, wanita itu akhirnya merendahkan ego dan memulakan langkah berbaik dengan penjaga pantang tersebut. "Boleh pula CL ni memberontak dengan kita, padahal kerja yang dia tak buat tu memang sudah tertulis dalam jadual, menjadi kewajipan untuk dia laksanakan. Nasihat saya, kalau waktu awal berjumpa CL tu kita dah rasa ada sesuatu yang tak kena, boleh minta tukar terus. WARGA MAYA "Rasa tak seronok duduk serumah dalam keadaan macam ni, akhirnya saya pergi pujuk dia dan berbincang untuk pulihkan situasi. "Semoga pengalaman saya ni menjadi pengajaran kepada bakal ibu di luar sana untuk tidak terlalu berlembut dengan CL masing-masing," katanya mengakhiri kata. Menjengah ke ruangan komen, warga maya turut berkongsikan pengalaman serupa dengan penjaga pantang yang besar kepala. Pelayar bertukar pandangan. "Waktu berpantang, kita akan luangkan kebanyakan masa dengan CL. Kita seperti berkawan dengan dia, tapi dekat sini ramai yang silap, CL tu bekerja dengan kita. Jangan biarkan dia pijak kepala kita. "Kita tetapkan had untuk CL tu, kalau dia langgar akan ada akibatnya. Tak boleh biarkan dia terlampau selesa dengan kita. "Nasihat saya, kalau waktu awal berjumpa CL tu kita dah rasa ada sesuatu yang tak kena, boleh minta tukar terus. Jangan tunggu lama-lama," ujar warga maya memberikan nasihat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube