suria

Sedap kritik influencer pakai tudung nampak leher, lupa diri sendiri pun tak jaga aurat pakai seluar atas lutut

Menjadi kewajipan untuk seorang Muslim menutup auratnya. -Gambar hiasan

LELAKI dan wanita yang beragama Islam masing-masing mempunyai batasan aurat yang perlu dijaga bertujuan memelihara kehormatan diri.

Namun atas pelbagai faktor seperti trend fesyen selain naik dan turunnya iman boleh menyebabkan seseorang itu berbolak balik dalam menjaga aurat.

Melalui satu perkongsian di laman X, seorang pempengaruh wanita menzahirkan rasa tidak puas hati susulan ditegur kerana mengenakan tudung singkat yang mendedahkan bahagian leher.

Menutup aurat dengan lengkap diwajibkan ke atas setiap wanita. -Gambar hiasan

Umum mengetahui aurat seorang wanita meliputi seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan manakala aurat lelaki pula terletak antara bahagian pusat hingga lutut.

Menurut wanita tersebut, dia sedikit ralat apabila insan yang menegurnya itu merupakan seorang lelaki yang diperhatikan turut gagal menutup aurat dengan sempurna.

"Orang yang kritik saya sebab sarung tudung nampak leher ni rupanya dia sendiri pakai seluar pendek sampai terdedah kepala lutut. Kenapa awak asyik sasarkan saya? Padahal kita sama je sekarang ni.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ninja’ berkelubung hitam sering dipandang serong, dilabel berlebihan tutup aurat... Wanita ini pelik pemikiran orang bukan Islam lebih baik

ARTIKEL BERKAITAN: Suami dayus, izin kawan-kawan keluar masuk rumah! Tak pernah kisah aurat isteri, siap suruh ‘layan’ nafsu lelaki lain

"Tolong tengok semula diri awak dalam cermin tu. Atau mata awak memang sejenis nampak aurat perempuan je tapi aurat sendiri susah nak perasan?

"Mentang-mentang aurat lelaki bukan pada paras mata, kena tunduk baru nampak," ujar wanita itu sinis.

Jelasnya lagi, dia sedia untuk menerima teguran tetapi bukan daripada individu yang bersifat hipokrit.

Setiap antara kita merupakan pendosa, nak menegur dosa orang lain tu biar berpada-pada.

WARGA MAYA

"Saya tiada masalah untuk mengambil teguran yang disampaikan secara bermaruah, tetapi kalau dah tahap menghina serta pada waktu sama si penegur pun gagal menutup aurat, saya rasa itu sangat hipokrit.

"Jangan salah faham, saya sangat menghargai setiap nasihat yang diberikan dengan rasa empati dan hormat," kata wanita itu.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berpandangan menutup aurat dengan sempurna secara berkekalan merupakan satu bentuk perjuangan yang berbeza-beza untuk setiap insan.

Pelayar bertukar pandangan.

"Kaum Adam mohon jangan terlalu menghakimi tentang aurat perempuan, ada antara kami yang sedang memulakan perubahan untuk memakai tudung setelah seumur hidup free hair, bukan mudah ya berada di tempat kami.

"Jangan la terus mengharapkan kami sekelip mata untuk menyarung tudung labuh melepasi paras dada. Macam saya sendiri, saya mula dengan menutup rambut dulu, kemudian perlahan-lahan tutup leher pula, selepas tu baru tutup sepenuhnya.

"Anggap menutup aurat secara sempurna ini seperti pergelutan untuk menjaga solat fardu lima waktu, ada yang bermula dengan menjaga solat Zohor dan Asar, kemudian ditambah baik hari demi hari.

"Setiap antara kita merupakan pendosa, nak menegur dosa orang lain tu biar berpada-pada. Risau tanpa sedar himpunan dosa kita sebenarnya jauh lebih banyak," ujar warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain