suria

Ambulans tak jumpa rumah, ibu ini kayuh basikal redah ladang kelapa sawit jemput tepi jalan... Minta selamatkan anak diserang sawan

Tangkap layar video yang tular di media sosial.

SEORANG wanita tular kerana sanggup mengayuh basikal pada waktu malam demi mendapatkan bantuan untuk anaknya yang sedang sakit.

Menerusi video yang dikongsi di media sosial, wanita itu dilihat sedang mengayuh basikal dalam kegelapan malam sambil diekori sebuah ambulans ke rumahnya.

Menurut pemilik video yang dikenali sebagai Danial Haikal, dia menerima panggilan kecemasan daripada hospital mengenai seorang individu diserang sawan.

Namun katanya, pihak ambulans gagal menjejaki kediaman pemanggil, menyebabkan wanita itu terpaksa keluar dengan basikal untuk menjadi penunjuk arah.

"Terima panggilan kecemasan daripada hospital, tibanya di lokasi (landmark) kami inform caller untuk jemput di tempat tersebut.

"Sebab nak cari rumah caller susah. Dalam masa yang agak lama, hampir 15 ke 20 minit tunggu caller datang. Kami terkejut sebab si ibu datang dengan berbasikal.

Rumahnya jauh dan agak dalam di ladang kelapa sawit.

DANIAL HAIKAL

"Dia tercungap-cungap dan berkata maaf lambat. Lalu dia tunjukkan jalan untuk ke rumahnya," cerita Danial Haikal menerusi perkongsian di TikTok.

Menurut pemuda itu, dia cuba memujuk wanita tersebut untuk menaiki ambulans, namun pelawaannya ditolak secara baik.

"Saya cuba pujuk dia untuk naik ke ambulans dan saya yang bawa basikal taoi dia tak mahu. Ibu tu kata, tak apa dia boleh kayuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik pasang telinga, curi dengar sesi luahan perasaan... Terkejut dapat tahu ibu ‘burnout’ urus rumah, kakak jadi tempat mengadu

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji 2K sebulan dihabiskan untuk keluarga... Ibu tak nampak pengorbanan anak, ‘sedap’ tuduh boros kalau cakap tak ada duit

"Jadi kami pun ikutlah. Rumahnya jauh dan agak dalam di ladang kelapa sawit.

"Saya yang dalam ambulans ni pun sebak tengok si ibu sanggup kayuh dalam gelap untuk anak yang tengah sakit," tulis pemuda itu lagi.

Menurut Danial Haikal, anak kepada wanita itu kini sedang menerima rawatan susulan di Hospital Pendang, Kedah.

Hingga kini video itu meraih lebih 400,000 tontonan dalam tempoh 12 jam selepas ia dimuat naik ke TikTok.

ambulans2

Kisah pengorbanan wanita itu meraih perhatian netizen di media sosial.

Malah, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak melihat pengorbanan wanita itu yang sanggup berkorban demi anaknya.

"Hilang dah rasa takut kayuh basikal dalam gelap, sebab dalam kepala hanya fikir anak sakit je kat rumah tu.

"Aku bergenang air mata. Terima kasih untuk ibu-ibu sedunia.

"Menitis air mata saya tengok perjuangan ibu ini.

"Allahuakbar. Jangan tanya kenapa Allah meletakkan syurga itu di bawah tapak kaki seorang ibu," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain