suria

Pengantin tanggung malu majlis kahwin tak jadi angkara wedding planner! Sayu ucapan tuan rumah, banyak beri nasihat

Tangkap layar video yang tular di media sosial.

MAJLIS perkahwinan adalah salah satu momen indah yang dinanti-nantikan oleh setiap bakal pengantin untuk meraikan hari bahagia mereka.

Namun, majlis perkahwinan yang dirancang rapi boleh bertukar menjadi mimpi ngeri, seperti mana dilalui pasangan ini yang terpaksa menanggung malu di hadapan para tetamu yang bertandang.

Menerusi rakaman dimuat naik di TikTok, seorang lelaki dipercayai bapa kepada pengantin dilihat bercakap dengan para tetamu dalam sebuah dewan, mendakwa mereka sekeluarga ditipu oleh perancang perkahwinan.

Tangkap layar video yang dikongsikan di media sosial.

"Siapa nak kahwin, hati-hati dengan wedding planner.

"Pukul 7.30 malam selepas solat Maghrib, dimaklumkan tak ada tempat bernikah, tak ada tempat majlis, katering dan tiada segala-galanya.

"Pelamin pun tak ada. Bayangkan... bayangkan. Selalu dengar cerita orang, ini kena dekat batang hidung," dakwanya ketika mengumumkan perkara itu di hadapan tetamu.

Bercerita lanjut, lelaki itu berkata, pihaknya cuba menyelamatkan majlis dengan tetap meneruskan majlis walaupun dalam keadaan kelam kabut.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah suruh buat loan, idam majlis gah diurus wedding planner! Belum nikah bakal pengantin dah stres fikir hutang

ARTIKEL BERKAITAN: Deposit 5k hangus, ‘wedding planner’ hilang tanpa khabar! Lepas 4 tahun, janji nak ganti majlis akikah pun tak nampak bayang

Dia juga memaklumkan, pihak pengantin sudah membayar penuh kepada wedding planner yang dipertanggungjawabkan menguruskan majlis.

Namun, semua yang diharapkan hanyalah angan-angan kerana mendakwa perancang tersebut tidak membuat tempahan atau persiapan apa-apa pun.

Dalam perkongsian itu juga, lelaki ini turut memberi nasihat kepada orang ramai supaya lebih beringat dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku ke atas dirinya.

"Perkongsian... jangan sekali-kali bagi full payment (bayaran penuh). Semoga dapat keberkatan pada semua.

Semua benda sudah bayar penuh. Tapi planner tu tak tempah tempat, tak book caterer.

PEMILIK VIDEO ASAL

"Hati-hati memilih wakil wedding planner. Semak latar belakang. Ini untuk perkara majlis seumur hidup sekali (berlaku).

"Allah uji dan Allah bagi dugaan pada kita semua tetapi perancangan kita... Ya Allah Ya Tuhanku kita punya perancangan berbulan-bulan. Hampir sempurna dengan segala-galanya," ujarnya.

Hantaran tersebut dibanjiri dengan komen warga maya yang bersimpati dengan nasib keluarga pengantin.

Membalas kepada beberapa komen netizen, pemilik video turut menceritakan tindakan yang diambil pihak pengantin untuk menyelamatkan majlis.

Komen netizen pada video.

Jelasnya, mereka terpaksa bergegas mencari katering baharu, dewan dan berunding dengan tok kadi ketika waktu semakin suntuk.

"Ini semua last minute pukul 9 malam kami kelam kabut cari caterer. Cari tempat (dewan), cari tempat nikah dan runding dengan tok kadi.

"Memang kami sudah bayar penuh bayaran kepada wedding planner. Semua benda sudah bayar penuh. Tapi planner tu tak tempah tempat, tak book caterer. Semua kami buat saat akhir," ujarnya.

Video tersebut turut dimuat naik di media sosial lain selepas tular dan meraih pelbagai reaksi netizen.

mStar cuba untuk menghubungi keluarga pengantin bagi mengetahui perkembangan terkini bagaimanapun masih belum menerima respons.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain