MENGANJURKAN sebuah majlis perkahwinan bukan sahaja melibatkan kos makan minum, tetapi termasuk juga barang hantaran, busana pengantin, khidmat jurugambar dan pelbagai barang atau servis lain. Memikirkan banyak kos perlu dikeluarkan untuk memastikan majlis perkahwinan berjalan lancar boleh membuatkan bakal pengantin pening kepala. Seperti mana dialami seorang wanita yang bakal berkahwin, dia berasa terbeban dengan sanak saudara yang minta disediakan rumah inap (homestay) untuk mereka sebagai tetamu. Jelasnya, dia sudah kehabisan wang untuk menyewa homestay dengan majlis perkahwinan bakal berlangsung dalam tempoh seminggu. Bakal pengantin terbeban dengan sikap saudara mara yang suka meminta-minta. -Gambar hiasan “Ahad nak kahwin, saya memang dah habis bajet nak sewakan rumah inap untuk keluarga belah mak. “Saya cuma boleh ajak atuk dengan nenek untuk duduk sekali dengan kami (di homestay), yang lain (sanak saudara) pula jenis tak kan bayar semula,” luahnya. Lebih membuattkan dia terasa hati apabila ada sanak saudara sanggup menyindir dirinya di kumpulan WhatsApp keluarga hanya disebabkan tidak 'ditaja' homestay. “Tempatnya tak jauh sangat dari diaorang. Tiba-tiba bising dalam group family, sebab saya tak sediakan homestay untuk mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Adik beradik lepas tangan, tak ambil cuti... Bakal pengantin menyesal buat majlis kahwin, semua kena urus sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Mak pengantin lelaki kemaruk duit ‘salam kaut’, hati tak tenang dapat tahu resepsi rumah menantu dapat 18K! “Kalau kata diaorang nak bayar tak apa lah, ni nak disediakan homestay nanti nak kena bagi makan pula. “Mereka jenis mengharapkan orang sponsor semua, tak nak ke faham saya yang habis bajet ni,” katanya lagi. Menerusi ruangan komen, wanita ini berkata dia tidak memasukkan homestay dalam senarai bajet kerana kebanyakan keluarga tinggal berhampiran dengan lokasi majlis dan mereka diundang sebagai tetamu. Dalam pada itu katanya, dia amat bersyukur kerana rakan-rakan lain faham tentang kos dan bajet justeru mereka masing-masing berkongsi wang untuk menyewa sendiri rumah inap. Saya ada sebuah homestay. Selalu sangat dengar kisah begini. Kesian keluarga pengantin NETIZEN Perkongsian bakal pengantin ini mencuri tumpuan warga maya dan ada yang tidak berpuas hati dengan sikap ahli keluarganya yang dilihat suka meminta-minta. Ada juga warganet yang menyelar tindakan sanak saudara yang memaksa bakal pengantin untuk menyediakan tempat tinggal sedangkan mereka tinggal berhampiran. “Masa saya kahwin, kawan adik beradik datang dari jauh, duduk homestay, masa nak checkout saya tengah bersanding diaorang minta duit homestay. “Haih, Nanti masa salam kaut buka sampul check depan diaorang. Isu 'tajaan' rumah inap sering berbangkit menjelang majlis perkahwinan. -Gambar hiasan “Orang macam ni tak ada kesedaran rasional. Tak boleh fikir dan tak tahu apa dalam fikiran diaorang. “Datang kenduri, tuan rumah pula kena sediakan homestay. Sepatutnya tetamu yang nak datang kene bayar sendiri kecuali keluarga lelaki perlu sediakan. “Saya ada sebuah homestay. Selalu sangat dengar kisah begini. Kesian keluarga pengantin “Perlu ke sewakan homestay? Jemputan je pun, boleh datang, datang la. Tak boleh pun tak apa. "Ada duit sponsor, tak ada beritahu terus terang duit habis untuk persediaan majlis. Kalau diaorang tak nak datang pun reda je," antara komen warganet. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube