suria

Suami cekik isteri depan ibu mentua, mengamuk gara-gara tak mahu bawa anak pergi kenduri

Perselisihan faham antara pasangan dapat dielakkan jika kedua-dua pihak saling memahami. -Gambar hiasan

SALAH satu kunci keharmonian rumah tangga adalah kesabaran.

Tanpa kesabaran, konflik kecil pun boleh menjadi besar dan lama kelamaan meruntuhkan keharmonian yang telah dibina.

Demikian juga dengan kisah dikongsikan oleh wanita ini yang mengaku tawar hati gara-gara sikap suaminya yang mudah melenting dan cepat bertindak agresif jika berlaku perselisihan faham.

Tidak mendedahkan identiti diri, dia menceritakan satu kejadian yang benar-benar membuatkan dirinya nekad memilih jalan perpisahan lantaran tidak tahan dengan sikap suaminya itu.

cekik 2

Anak adalah tanggungjawab yang harus dipikul secara bersama oleh ibu bapa. -Gambar hiasan

"Saya perasan suami berlaku kasar kalau kami gaduh. Ya la, mungkin silap saya.

"Baru je berlaku. Saya nak pergi kenduri dengan mak saya dan tak nak bawa anak. Dia insist suruh saya bawa anak seorang. Mak-mak fahamlah, kalau anak kecil, malaslah nak bawa.

"Saya dah la baru habis alahan, saya teringin sangat nak makan lauk kenduri. Ya Allah, yang saya tak expect, dia boleh cekik saya!" tulisnya dalam hantaran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami larang ‘order’ air kosong, malu isteri hidap kencing manis... Balik rumah kena pukul jika ingkar

ARTIKEL BERKAITAN: Suami baran bincang bab pengasuh, suruh isteri ‘resign’ jaga anak! Wanita kerja ‘gomen’ resah fikir hutang rumah, 2 buah kereta

Menurut wanita berkenaan, lebih membuatkan dirinya terkilan, kejadian itu turut disaksikan oleh ibunya.

Dedahnya lagi, suami bukanlah pertama kali mengasarinya namun sebelum ini dia masih mampu bersabar.

Apa yang menguatkan lagi keinginannya untuk berpisah apabila mengenangkan pengorbanannya seolah-olah tidak dihargai lelaki tersebut.

Saya macam trauma sekarang. Arwah abah tak pernah pun buat macam tu.

PENGADU

"Saya tahu kita isteri kena ikut cakap suami. Tapi korang bayangkanlah, kenduri pun nak suruh saya handle anak sendiri. Alasan dia kerja padahal boleh je boleh adjust sebab dia kerja sendiri.

"Saya ni kalau dia nak duit, saya bagi je. Ya la, kesian punya pasal. Kita laki bini tak ada la kisah sangat kalau dia macam tak mampu.

"Saya dah decide untuk fail cerai. Mohon sesiapa ada pengalaman, macam mana nak fail cerai? Dia ugut nak ambil semua anak, so apa perlu saya buat?

"Saya macam trauma sekarang. Arwah abah tak pernah pun buat macam tu. Memang anggap saya macam sampah kot," luahnya lagi.

komen cekik

Nasihat yang disarankan oleh netizen.

Perkongsian wanita berkenaan meraih perhatian netizen, dengan rata-ratanya tampil memberi kata semangat dan solusi kepada situasinya.

"Suami yang baik tak kan berkasar dengan isteri.

"Sampai mencekik bini bahaya tu. Baik pergi klinik cepat, lepas tu report polis. Nasib baik awak dah angkat kaki sebelum arwah.

"Ugut nak ambil anak semua konon. Suruh jaga kejap pun tak nak. Sembang!" komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain