suria

Ambil cuti seminggu, suami baru tahu ‘nikmat’ urus anak! Terus peluk isteri, buang persepsi ‘duduk rumah goyang kaki’

Bukan mudah bagi seorang bapa untuk mengurus anak di rumah. -Gambar hiasan

MEMBESARKAN anak-anak bukannya mudah terutamanya yang berusia 10 tahun ke bawah kerana mereka cukup lasak dan suka meneroka semua perkara.

Jadi bukan sesuatu yang menghairankan jika kediaman dengan kanak-kanak sentiasa berada dalam keadaan bersepah walaupun setiap hari dikemas.

Seorang wanita yang bergelar ibu hanya tersenyum selepas suaminya baru menyedari betapa 'nikmat' menguruskan anak mereka di rumah.

Anak-anak membuat sepah adalah lumrah. - Gambar hiasan

Kanak-kanak aktif dan suka bermain adalah lumrah. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, suaminya mengambil cuti sempena cuti persekolahan sejak minggu lalu.

"Jadi saya minta banyak dia urus anak kerana saya nak fokus kepada kerja disebabkan saya bekerja dari rumah.

"Tadi tiba-tiba dia cakap dengan anak, 'stres ayah tengok sepah-sepah mainan ni, lepas ni ayah simpan semua mainan dalam kotak'.

"Saya dengar terus kata 'biasalah budak suka sepahkan rumah'," kongsinya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tengoklah, siapa buat sepah? Siapa pengotor?” - Seminggu balik kampung, ketua rumah ‘bongkar’ ada juga orang Kelantan yang bersih!

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga suami nak datang beraya, isteri kelam-kabut mengemas... Rupanya sengaja biar rumah bersepah setiap masa!

Wanita itu berkata, apabila malam dan anaknya sudah tidur dia ada berbual dengan suami mengenai cahaya mata mereka itu.

"Saya tengah mengemas, lepas tu saya beritahu suami kenapa dia rasa tertekan tengok rumah bersepah sebab selama ni dia keluar bekerja.

"Jadi dia tak nampak sepah. Saya hadap semua tu kerana saya bekerja dari rumah dan dia balik rumah dah kemas sebab saya susun semula," katanya.

Inilah hakikat yang para suami tak nampak.

NETIZEN

Jelasnya, suaminya bekerja sebagai guru dan mengajar sesi petang justeru apabila pulang ke rumah pada waktu senja dia jarang melihat rumah bersepah.

"Saya cakap dekat dia 'jadi lepas ni tak boleh cakap saya duduk rumah tak buat apa-apa'.

"Angguk-anguk je dia masa tu hahahahaha, kemudian dia peluk saya," katanya.

Anak-anak lebih puas bermain di luar berbanding di dalam rumah. - Gambar hiasan

Anak-anak lebih suka bermain di luar berbanding di dalam rumah. -Gambar hiasan

Sementara itu, warga maya terutama golongan ibu mengakui para suami biasanya akan mengeluh apabila diminta menjaga anak-anak.

"Suami saya pun macam tu. Baru dia tahu penat macam mana.

"Dulu dia selalu kerja luar kawasan, rumah tunggang langgang pun dia tak tahu rupa macam mana.

"Inilah hakikat yang para suami tak nampak. Lagi-lagi kalau yang bersepah tu mainan kecil. MasyaAllah.

"Tapi memang saya wajibkan diri sebelum tidur mesti kemas dengan anak," demikian antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain