suria

Ikhlas belanja famili pengantin, pelukis inai terkedu lihat ganjaran dalam goodies! Menangis sampai basah sampul

Nor Shamila terharu menerima pemberian ibu pengantin.

SEORANG wanita berkongsi pengalaman menyentuh hati dan di luar jangkaan selepas melukis inai untuk seorang pengantin.

Nor Shamila dalam perkongsiannya di TikTok berkata, dia mengambil tempahan untuk menghias tangan dan kaki seorang pengantin perempuan serta ahli keluarga.

Menurut wanita itu, dia terpaksa pulang lewat kerana menunggu proses terakhir iaitu memakai inai celup selepas selesai melukis henna.

"Lewat juga la balik malam tu lepas siap. Tapi tak apa la saya tak pergi seorang diri. Suami saya yang hantarkan.

Pengantin perempuan semestinya akan memakai inai pada hari perkahwinan. -Gambar hiasan

"Lepas tu nak dijadikan cerita bila sudah siap tu, mak pengantin tanya la berapa jumlah semua. Jadi saya pun beritahu la jumlahnya sekian-sekian.

"Kemudian ibu kepada pengantin perempuan tu cakap dia tak ada duit kecil dalam RM10 hingga RM20 macam tu sebab yang ada duit besar je," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Konon nak jimat, pengantin gelabah 4 jam sebelum bersanding henna DIY tak menjadi! Suami engineer jadi penyelamat

ARTIKEL BERKAITAN: Kasihan... henna merekah, tanggal sebelum majlis tunang! Telefon si pelukis langsung tak dilayan, dibayar upah tetap ambil

Tanpa berfikir panjang, Nor Shamila mengambil keputusan untuk tidak mengenakan sebarang caj dan menganggap inai yang dilukis sebagai sedekah.

Bagaimanapun sebelum pulang, ibu pengantin sempat memberikan beg goodies (cenderahati) kepadanya sebagai tanda terima kasih.

"Masa tu saya tak buka dan lihat apa ada dalam beg tu sebab dah lewat, esok nak kerja pula.

"Jadi lepas siap kerja inaikan adik-adik pengantin sekali, saya terus balik. Tapi serius cakap, mereka layan tetamu memang terbaik dan sporting.

Rasa sebak juga la saya masa tu sebab pekerjaan macam saya ni kadang sesetengah orang selalu pandang rendah.

NOR SHAMILA

"Bila sampai je dekat rumah, siap mandi apa semua, sebelum tidur saya terdetik nak buka beg goodies yang mereka bagi. Saya jumpa sampul terselit," katanya.

Dia kemudian terus menghubungi pengantin melalui WhatsApp kerana bimbang melihat sampul tersebut yang bukan miliknya.

"Terkejut wey bila buka ada sampul. Kemudian saya terus hubungi melalui WhatsApp pengantin. Cuak juga masa tu. Ya Allah mana tahu mungkin tersilap bagi ke.

"Akhir sekali, pengantin cakap itu duit sedekah dekat saya sebab buatkan inai dan keluarga yang lain sampai lewat malam.

Nor Shamila menceritakan kejadian itu menerusi hantaran di TikTok.

Rasa sebak mula menyelubungi diri apabila mendapat tahu bahawa sampul tersebut sememangnya diberikan kepadanya sebagai tanda penghargaan.

Dalam perkongsian tersebut, kelihatan sampul duit berkenaan basah gara-gara terkena air matanya yang gugur.

"Rasa sebak juga la saya masa tu sebab pekerjaan macam saya ni kadang sesetengah orang selalu pandang rendah.

Siapa yang jadi tukang inai memang mereka akan faham," katanya yang tidak menyatakan nilai wang di dalam sampul.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain