SEORANG wanita berdepan ujian demi ujian selepas berkahwin dan paling menyedihkan terpaksa melupakan pembedahan jantung berlubang kerana kekangan kewangan.
Menurut wanita itu, kehidupannya berubah apabila dia terpaksa berhenti kerja akibat alahan teruk semasa hamil.
Jelasnya, ketika itu wang simpanan yang ada digunakan untuk melangsaikan hutang-hutang kecil, manakala ansuran bulanan kereta diserahkan kepada suami untuk menyelesaikannya.
Bagaimanapun, pasangan ini diuji lagi apabila kilang tempat si suami bekerja berdepan masalah kewangan sehingga menjejaskan gaji pekerja.
Seorang wanita disahkan menghidap sakit jantung ketika hamil. -Gambar hiasan
"Dulu waktu bujang sekali pun tak pernah terlepas bayar segala pinjaman. Sekarang, sesak yang teramat. Terpaksa berhenti kerja sebab alahan (mengandung) teruk.
"Guna simpanan langsaikan hutang kecil. Tinggal pinjaman kereta je harapkan suami bayar. Tiba-tiba kilang tempat suami kerja kerap ditutup tak ada kerja lebih masa.
"Habis cuti tahunan kena potong gaji. Banyak komitmen tertunggak dan target lepas pantang nak kerja semula bagi stabilkan pendapatan," luah wanita ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Berang bersalin czer, suami terus tinggalkan isteri... Anggap tubuh dah rosak - “Orang bodoh je nak operation”
ARTIKEL BERKAITAN: 3 kali bersalin, wanita tak sangka keempat paling mendebarkan... Suami jadi bidan terjun sambut anak lahir di rumah
Namun, hasrat untuk bekerja semula selepas berpantang turut berdepan halangan apabila dia didiagnos dengan penyakit jantung berlubang yang memerlukannya membuat pembedahan.
"Kandungan lapan bulan baru tahu yang punca kerap nak pengsan tu sebab jantung saya dah tak kuat untuk tampung baby.
"Tapi syukur juga tahu lambat kalau tak memang doktor suruh gugurkan," katanya.
Masalah timbul apabila dia ingin mencari kerja baharu kerana syarikat enggan mengambilnya bekerja selepas mengetahui keadaan kesihatannya.
Jelasnya, dia perlu jujur dan berterus terang tentang keadaan kesihatan dirinya supaya tidak timbul masalah di kemudian hari.
"Saya kena buat pembedahan segera sebab tu kena beritahu majikan ada sakit sebab nak ambil cuti sakit ke hospital. Jadi kena beritahu awal supaya mengelakkan kantoi kena buang kerja dan gaji lesap," jelasnya lagi.
Sekarang ni pendapatan pun cukup makan saja.
PENGADU
Masalahnya tidak terhenti di situ kerana dia juga bergelut memikirkan kos-kos sampingan yang perlu ditanggung sebelum pembedahan dapat dilakukan.
"Untuk lakukan pembedahan pula boleh buat dekat Alor Setar di Kedah saja. Jadi kos tinggi sebab saya duduk Pulau Pinang kena ulang alik buat segala pemeriksaan sebelum pembedahan.
"Sekarang ni pendapatan pun cukup makan saja. Macam mana nak ke Kedah setiap minggu. Duit minyak semua tu lagi," katanya.
Seorang wanita rungsing tidak diterima untuk bekerja kerana penyakitnya. -Gambar hiasan
Disebabkan keadaan kewangan yang semakin menghimpit, wanita ini mengambil keputusan untuk melupakan sahaja tentang pembedahan dan meneruskan kehidupan seadanya.
"Mahu tak mahu terpaksa lupakan operation tu dan hidup sajalah dalam tawakal.
"Panjang umur Alhamdulillah, kereta tak kena tarik walau dah bayar pun masih ada tunggakan, syukur.
"Terpaksa jual segala barang yang masa bujang himpun duit beli. Tak harap banyak cuma harap ada hikmah di sebalik ujian ni semua," katanya.
Hantaran dibuat wanita ini mendapat pelbagai reaksi netizen yang mendoakan agar segala bebanan dihadapi bakal bertemu jalan penyelesaian.