suria

Buat kerja bagus alih-alih pekerja baharu dinaikkan pangkat! Staf hilang motivasi gara-gara bos pilih kasih

Tidak dinafikan elemen 'favoritism' wujud dalam kebanyakan syarikat. -Gambar hiasan

PERSEKITARAN kerja yang positif dan supportive juga adalah salah satu bentuk rezeki yang diidamkan ramai.

Suasana kerja yang harmoni ibarat kunci utama dalam memastikan pekerja berasa gembira dan bersemangat dalam menjalankan tugas masing-masing.

Salah satunya, layanan daripada majikan atau ketua yang adil dan prihatin memainkan peranan penting dalam mencipta suasana kerja menyenangkan.

Namun, tidak dinafikan wujud ketua yang mengamalkan sikap pilih kasih atau pilih bulu terhadap pekerja tertentu sehingga membuatkan yang lain rasa tersisih, sebagaimana situasi yang dialami oleh individu ini.

"Kebelakangan ni rasa down gila nak pergi kerja. Sebabnya team leader yang terang-terang tunjukkan favoritism.

"Kakitangan baru masuk kurang dari setahun, dan beberapa lagi sebelum ini berada dalam latar belakang yang berbeza, tetapi tiba-tiba dapat rating tertinggi dalam penilaian (appraisal).

pilih kasih 2

Berada dalam persekitaran kerja yang positif secara tidak langsung menaikkan motivasi seseorang pekerja. -Gambar hiasan

"Dia juga melantik orang tu untuk menjadi orang kanannya. Pada masa ini apa-apa pun dikendalikan oleh orang baharu tu. Kakitangan lain, dia buat macam tak wujud," tulisnya dalam satu hantaran di laman sosial.

Menurut individu tersebut, situasi itu kadang-kala meletakkan dirinya dalam dilema selepas membuat keputusan meninggalkan pekerjaan lama dan menyertai syarikat berkenaan setahun yang lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Patut la muka monyok, rupanya cemburu kawan dapat bonus sebulan gaji - “Mereka tu kerap MC, EL pun ada!”

ARTIKEL BERKAITAN: Gigih telefon klinik persoal MC staf, HR kena hamun dengan doktor! Betul-betul demam disuruh masuk ofis juga

"Nak resign? Saya baru je menyertai syarikat ini selama setahun dan meninggalkan pekerjaan 10 tahun saya di sebuah organisasi yang lebih terkenal.

"Saya juga bagus dalam menjalankan tugas. Persekitaran keseluruhannya okay kecuali bos wanita itu. Tambahan pula faedah kakitangannya antara yang terbaik di pasaran.

"Jadi macam ruginya nak berundur sebabkan satu orang tu saja," tulisnya lagi.

Justeru, luah individu tersebut, dia hanya mampu 'berdamai dengan takdir' meskipun sedikit sebanyak terkesan dengan layanan ketuanya itu.

Jika kamu rasa tempat kerja toksik dan hilangkan semangat, lari.

NETIZEN

"Kalau nak bertahan, saya okay sebab memang boleh uruskan tugasan dengan baik.

"Jadi konsepnya ialah 'pergi kerja, dapat gaji dan balik'. Tetapi masalahnya, berapa lama saya boleh tahan dengan layanan dingin bos sendiri? Saya benar-benar tak tahu jawapannya.

"Saya tak tahu bagaimana nak bertindak balas dan memotivasikan diri untuk bekerja lagi," kongsinya.

Luahan individu berkenaan mengundang perhatian netizen yang tampil memberikan pelbagai reaksi.

Ada dalam kalangan netizen memberikan kata semangat dan menyarankannya supaya melihat apa yang berlaku daripada sudut pandang positif.

komen bos

Reaksi daripada netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

"Kalau saya jadi awak, saya akan okay je. Sekurang-kurangnya fikiran tenang, hati pun tenang. Sebab dia dah ada orang kanan. Why bother? Datang office, siapkan kerja.

"Rekod segala yang penting. Jika rasa nak resign, resign dengan penuh bergaya berserta bukti.

"Jika kamu rasa tempat kerja toksik dan hilangkan semangat, lari. Saya pernah berada di tempat kamu. Keadaan yang sama," demikian antara komen netizen.

Namun ada berpandangan, terdapat pelbagai faktor seseorang dinaikkan pangkat dan diberi penilaian yang baik, antaranya kerana kemahiran yang dimiliki, sikap, inisiatif tambahan dan sebagainya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain