suria

Trauma tengok baju kahwin, ‘mute’ posting semua rakan bergelar pengantin - “Sesak nafas tu tak pernah hilang”

Seorang wanita cuba mengelak daripada melihat rakan-rakannya yang berkahwin. -Gambar hiasan

SETIAP orang ada cara tersendiri untuk menguruskan gangguan emosi dan atau rasa sakit hati selepas berdepan pengalaman buruk.

Begitu juga wanita ini yang memilih untuk ‘mute’ (mod senyap) Instagram Story dan posting rakan-rakan yang sudah berkahwin gara-gara satu tragedi yang pernah berlaku dalam hidupnya.

Menerusi hantarannya di TikTok, wanita ini berkata dia akan bertindak sedemikian bermula pada hari perkahwinan rakan-rakan.

Bagaimanapun, dia melakukannya bukan atas dasar dengki, tetapi kerana trauma masih bersisa hingga ke hari ini.

Seorang wanita tidak dapat melupakan kisah silam apabila dia tidak jadi berkahwin. -Gambar hiasan

"Saya suka mute Story dan post kawan-kawan yang sudah berkahwin. Mula dari mereka post pada hari perkahwinan lagi sebab ada tragedi.

"Sampai sekarang sesak nafas tu tak pernah hilang kalau tengok baju kahwin dan pelamin," ujarnya dalam hantaran tersebut.

Meskipun begitu, dia tetap mendoakan yang terbaik buat mereka dan sedar bahawa setiap orang berhak berkongsi kebahagiaan serta kegembiraan masing-masing.

Namun, untuk menjaga kesihatan mentalnya, dia memilih untuk mengelakkan diri daripada melihat posting berkaitan perkahwinan yang boleh mengundang kesedihan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita nak batal kahwin, bakal suami tak setuju sebab dah berhabis 20K! Cuba cari pengantin pengganti dalam masa singkat

ARTIKEL BERKAITAN: Tak jadi nikah, terkejut dapat rezeki lain... Duit simpanan kahwin RM5,000 mampu bahagiakan ayah, diri sendiri

“Saya senang hati dan doakan yang terbaik untuk mereka. Tapi itu la, hidup masing-masing kan. Mereka pun berhak kongsi mereka punya kebahagiaan.

"Kita yang tak dapat (kahwin) ni elakkan tengok untuk selalu bersyukur dengan apa yang ada," jelasnya.

Difahamkan, wanita ini pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga malah sudah menempah baju pengantin berwarna merah jambu.

Namun, manusia hanya merancang dan takdir menentukan perancangannya untuk berkahwin tidak menjadi kenyataan.

Saya asyik bandingkan diri dengan orang yang bahagia dengan perkahwinan mereka.

NETIZEN

Baginya, langkah ini bukan bererti dia tidak reda tetapi lebih kepada cara untuk menghargai dan memberi ruang kepada dirinya sembuh daripada kesedihan.

“Nak buat macam mana... ada la tu rahsia Allah nak bagi dekat saya nanti. InsyaAllah masih lagi boleh bersabar cuma nak lindungi kesihatan mental.

"Saya kena kurangkan tengok orang sebaya dah kahwin dan ada anak," jelasnya lagi.

Perkongsian wanita ini meraih simpati ramai yang rata-rata memahami perasaan dan kewajaran tindakannya.

Komen netizen di Facebook.

Ramai juga turut meluahkan pendapat dan perasaan mereka sewaktu berdepan situasi sama sebelum ini.

"Saya kadang-kadang bila tengok kawan-kawan sudah kahwin bahagia, rasa macam... kalau la perkahwinan aku berjaya macam mereka mesti aku dapat rasa perasaan ada suami.

"Saya asyik bandingkan diri dengan orang yang bahagia dengan perkahwinan mereka sedangkan saya punya rumah tangga hancur. Ia buat saya rasa macam benci dekat diri sendiri.

"Tapi tu la sekarang perlahan-lahan cuba terima kenyataan dan takdir," komen seorang netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain