BERKONGSI rezeki dengan orang lain bukan sahaja mengajar kita erti bersyukur, namun dalam masa yang sama meringankan beban mereka yang berada dalam kesusahan.
Walaupun rezeki yang dikongsi itu mungkin tidak besar nilainya tetapi ia cukup untuk memberi sedikit kegembiraan kepada mereka yang memerlukan.
Namun alangkah kecewanya apabila usaha ikhlas yang dilakukan bukan saja tidak dihargai malah dibalas dengan kata-kata umpatan, sebagaimana kisah yang dikongsikan seorang pelayar ini.
Menurut pelayar berkenaan, dia sememangnya gemar membawa bekalan makanan yang dimasak sendiri ke pejabat dan tidak pernah lupa untuk membawa bekalan lebih buat seorang rakan sekerjanya.
Kita digalakkan untuk berkongsi rezeki dengan orang sekeliling. -Gambar hiasan
"Saya ada berkawan baik dengan seorang si polan ni. Dia sudah berkahwin dan dah ada anak. Dia mengadu yang dia dan suaminya tengah ada krisis kewangan.
"Katanya hari-hari dekat rumah makan sup saja. Apabila datang kerja memang tak membeli makan dan tak bawa bekal.
"Selepas dia cerita pasal krisis kewangannya, saya mula bawakan bekal untuk dia juga. Dia memang sangat suka makan. Saya asingkan bekal dia dengan bekal saya.
"Jadi menu apa yang saya makan hari itu, menu itu juga yang dia akan makan," kongsinya dalam satu hantaran di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Geng akak-akak bujang ‘menggelupur’ dapat tahu junior pejabat nak kahwin dulu... Busuk hati jodoh sendiri belum sampai
ARTIKEL BERKAITAN: Kawan ‘terpaling’ hebat! Serik ke majlis reunion, rupanya ramai toksik... Bukan nak jumpa sangat tapi bangga canang pencapaian
Ujar pelayar tersebut, dia langsung tidak pernah berkira malah gembira kerana dapat berkongsi rezeki dengan individu yang dianggap sebagai sahabat baik.
Namun tanpa diduga, berlaku satu insiden yang membuatkan dia kecewa sehingga mengambil keputusan untuk tidak lagi berbuat baik kepada rakan sekerjanya itu.
Beraninya dia panggil awak khadam. Patutlah diuji financial crisis. Keji betul perangai.
NETIZEN
"Satu hari, seorang rakan sekerja yang lain tanya dia... bawa bekal apa pergi kerja harini?. Dan saya terdengar dia respons... tak payah fikir nak bawa apa sebab ada khadam bawakan makan nanti.
"Dia langsung tak perasan saya ada dekat situ. Sebabkan saya tahu benda ni boleh jadi punca bergaduh, saya masih hulur bekal terakhir haritu kepadanya dan biar dia makan.
"Sejak itu saya tak pernah masakkan untuk dia lagi dah. Setiap kali saya makan, dia asyik pandang makanan yang saya bawa tu dan saya buat tak kisah," kongsinya lagi.
Antara komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.
Mengakui kecewa dengan apa yang berlaku, pelayar tersebut bagaimanapun berkata dia masih berkawan dengan individu berkenaan seperti biasa namun hubungan mereka tidak seakrab dahulu.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan tindakan pelayar berkenaan 'mengajar' rakan sekerjanya secara halus kerana tidak pandai bersyukur dan menghargai pemberian orang.
"Orang sedekah sebab kesiankan kau miskin. Kau pula khadamkan orang. Kebodohan melebihi batasan.
"Beraninya dia panggil awak khadam. Patutlah diuji financial crisis. Keji betul perangai.
"Geram. Memang sakit hati betul dengar ayat khadam tu. Padan muka dia tak ada pemberi makanan dah," komen netizen.