KLINIK kesihatan (KK) saban hari 'meriah' dengan kedatangan kaum ibu dan wanita hamil yang mahu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Namun apa yang tidak enak didengar apabila kehadiran mereka dengan senyuman bertukar sakit hati gara-gara pengunjung lain yang tidak bertimbang rasa.
Seorang wanita meluahkan rasa geram dengan segelintir lelaki yang menemani isteri mereka kerana bersikap mementingkan diri tanpa menyedari wanita hamil merupakan golongan yang wajar diutamakan untuk menggunakan tempat duduk.
Tempat duduk disediakan untuk kemudahan orang awam. -Gambar hiasan
"Rasa 'menyirap' je tengok lelaki duduk dekat kerusi bahagian check up ibu hamil dan kanak-kanak di KK.
"Tak tahu pula ada juga lelaki yang mengandung. Hati betul-betul kering, dia duduk padahal ramai lagi ibu-ibu mengandung dan bawa baby ni berdiri," luah seorang wanita di laman sosial.
Menerusi hantaran tersebut, wanita yang tidak mendedahkan lokasi klinik itu turut mengkritik golongan isteri kerana membiarkan suami masing-masing membolot tempat duduk.
ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan 'check-up' bayi di klinik kesihatan... Si suami selesa duduk di kerusi, tak peduli ramai ibu hamil berdiri sampai kejang perut
ARTIKEL BERKAITAN: KK bukan tempat tunjuk ‘sweet’! Suami teman isteri hamil check-up diminta guna otak, jangan sampai dianggap menyemak
Jelasnya, sebagai isteri mereka sepatutnya menegur suami sendiri supaya bersikap bertimbang rasa terhadap golongan yang memerlukan.
"Dapat bini pula tak reti tegur suami suruh bangun. Ingat sweet ke? Kalau nak teman pun tolonglah berdiri. Berbulu mata ni tengok.
"Tak faham kenapa ada orang yang tak ada common sense ni," ujarnya.
Menurutnya, golongan lelaki yang sihat tubuh badan tidak seharusnya mementingkan diri sendiri sehingga membebankan ibu hamil atau kanak-kanak yang datang ke klinik untuk melakukan pemeriksaan.
Ada pula lelaki yang jenis suka perhati ibu-ibu ni... naik segan juga.
PENGUNJUNG KLINIK KESIHATAN
"Yang lelaki pun asyik main telefon. Bukan seorang... ada dua, tiga lelaki macam tu.
"Hujung-hujung kena marah dengan staf, baru nak bangun. Annoying sangat," katanya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata netizen terutama dalam kalangan ibu-ibu turut meluahkan rungutan masing-masing.
"Ada juga pasangan yang bininya pun masa itulah nak bermanja dengan suami dekat KK. Bukan cemburu tapi sudah-sudahlah nak bermanja bermesra pun. Kita nak duduk sebab penat bawa perut ni, bukan nak tengok drama romantik.
Segelintir lelaki leka menggunakan telefon bimbit. -Gambar hiasan
"Apabila saya pergi KK nak check up, kalau ramai saya suruh suami duduk je dalam kereta. Tak payah nak tambahkan bilangan orang dalam klinik tu buat sesak je.
"Dah la kita ni berjalan termengah-mengah, sekali kerusi penuh," demikian antara komen netizen.
Dalam pada itu, seorang wanita hamil mendakwa dia segan apabila merasakan dirinya seolah-olah diperhatikan oleh segelintir lelaki di klinik kesihatan.
"Ada pula lelaki yang jenis suka perhati ibu-ibu ni. Naik segan juga, faham-faham la ibu mengandung. Kadang tu ada (anggota badan) yang tersembul sana sini.
"Dia macam jamu mata pula. Lebih baik tunggu kat kereta atau tunggu di luar je," katanya.