suria

Empat lelaki naik Myvi lalu-lalang depan sekolah, kelibat mencurigakan... Cikgu pesan ibu bapa jangan dedah identiti anak di TikTok

Ibu bapa dipesan agar tidak berkongsi wajah anak di media sosial -Gambar hiasan

SEPANJANG minggu ini ramai ibu bapa berkongsi video keletah anak-anak mereka yang baru memasuki alam persekolahan.

Di aplikasi TikTok misalnya, mereka bukan sahaja berkongsi wajah anak-anak, malah tanpa sedar turut mendedahkan nama, lokasi sekolah dan pelbagai info sulit lain.

Susulan itu, seorang pendidik tampil membuat teguran di laman X dan meminta ibu bapa agar lebih berwaspada dalam memuat naik kandungan di media sosial.

Children looking for porn sites on tablet.

Kanak-kanak tidak sepatutnya dijadikan sebagai kandungan media sosial. -Gambar hiasan

"Hati-hati semua ibu bapa. Berpada-pada tayang video anak-anak di media sosial. Kita faham, semua tengah excited di awal minggu persekolahan ni. 

"Nak upload boleh, tutup nama sekolah tu. Peringatan untuk diri sendiri juga," ciapnya pada Khamis.

Guru lelaki itu turut berkongsi tangkap layar WhatsApp yang menceritakan kegiatan mencurigakan di kawasan sekolahnya.

Nak upload boleh, tutup nama sekolah tu.

GURU

Dalam kiriman WhatsApp itu, seorang individu mendedahkan terdapat sebuah kereta yang berlegar-legar di hadapan sekolah.

"Assalamualaikum semua. Mohon pesan kepada ibu bapa ambil anak tepat pada masa waktu pulang. (Ini) pesanan daripada seorang parent (polis).

"Semalam pukul 12.45, sebuah Myvi lalu-lalang dua ke tiga kali depan pagar sekolah dalam keadaan mencurigakan. Empat lelaki di dalamnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu ‘invite’ ibu masuk grup WhatsApp kelas, terkedu dimaklumkan murid darjah 1 dah meninggal - “Dia jatuh, terus tak ada”ARTIKEL BERKAITAN: Anak tahun 1 hilang, tak muncul di pagar lepas waktu sekolah... Kelam-kabut cari dalam kelas tapi tak jumpa!

"Kelihatan seperti orang Thailand. Apabila diperiksa, nombor plat (Myvi) itu sebenarnya plat kereta Kancil," demikian menurut mesej itu.

Pengirim yang dipercayai kakitangan sekolah turut memaklumkan mereka akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan pelajar.

"Kita akan pastikan pagar kantin berkunci pada masa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kecuali pagar tengah yang dijaga oleh guard.

"Ibu bapa yang nak berurusan sila guna pagar utama. Waktu balik murid tunggu di dalam, apabila ibu bapa dah datang baru keluar," tulis pengirim lagi.

Kandungan media sosial melibatkan kanak-kanak juga boleh menjadi punca berlakunya jenayah pedofilia. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, ramai netizen turut mempertikaikan ibu bapa yang selamba mendedahkan wajah anak masing-masing di media sosial.

"Tolonglah, kanak-kanak tak patut jadi content. Kita harus lindungi mereka daripada media sosial.

"Sebab tu jangan galak sangat post muka anak, buat video TikTok tanpa kaburkan lencana dan nama anak.

"Muka cikgu pun ibu bapa dedahkan dalam video. Silap-silap cikgu sendiri pun tak selamat," tulis netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Suami Kiah Propa meninggal dunia