suria

Sebelum kahwin dapat layanan ‘princess’, teman lelaki mewahkan dengan duit... Hari-hari ‘dating’ belanja RM100!

Zaman bercinta meninggalkan banyak kenangan manis. -Gambar hiasan

KATA orang ketika dilamun cinta dan dibuai asmara, kentut pun berbau wangi.

Seperti seorang wanita ini, dia bertuah kerana bukan sahaja disayangi, malah teman lelaki sanggup berbelanja besar setiap kali mereka keluar bersama.

"Hari-hari keluar dating habis kira-kira RM100 setiap. Kadang-kadang ada saya bayarkan makanan.

"Tapi kebanyakan masa keluar, teman lelaki yang bayar untuk semua," kongsinya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Berbelanja demi membahagiakan pasangan masing-masing. -Gambar hiasan

Mengakui dia turut memperuntukkan sejumlah wang setiap kali keluar bersama, namun timbul tanda tanya sama ada dia perlu berbuat demikian atau tidak.

"Apa pendapat anda, sama-sama kongsi bayar atau semua patutnya lelaki yang bayar," soalnya.

Menerusi ruangan komen, luahannya itu mencetuskan pelbagai reaksi dan komen dalam kalangan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tergamam dapat BF tak relaks, baru minta putus terus kena ugut! - “Bayar balik semua aku pernah belanja”

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis bengang susah kikis duit BF, gaji 6K tapi kedekut... Bawa makan tempat biasa, belanja shopping jauh sekali

Walaupun ramai bersetuju pihak lelaki yang harus membayar, namun keluar bersama dan berbelanja sebanyak RM100 setiap hari itu dianggap sebagai pembaziran.

"Kalau hari-hari keluar RM100, memang membazir. Lelaki patut lebih bertanggungjawab, tapi kalau dah beban, elok bincang. Kurangkan dating mahal, rancang bajet dan perhatikan tabiat kewangan pasangan. Jangan enjoy sekarang, sengsara kemudian.

Cuba date yang kos murah, tak perlu keluar duit.

NETIZEN

"Pendapat saya, lelaki yang keluar duit. Cuma perempuan kena ada common sense macam empat kali keluar, sekali tu perempuan offer nak belanja pula.

"Kenapa perlu keluar dating hari-hari? Lagipun lelaki tu bukan suami awak lagi. Kalau dia sanggup belanja, tak apa. Benda ni patut 50-50.

Membuat pengiraan perbelanjaan bulanan. -Gambar hiasan

Pada masa sama, ada yang mencadangkan agar wanita itu untuk berjimat tetapi masih boleh meluangkan masa bersama dengan bakal suami.

Dengan penjimatan itu, kata netizen, pihak lelaki akan mempunyai lebih simpanan untuk dibelanjakan bagi tujuan perkahwinan.

"Cuba dating yang kos murah, tak perlu keluar duit. Cuba joging, jalan-jalan di taman, berkelah bawa makanan dari rumah. Cuba kreatif sikit, bukan keluar pergi mall je.

"Kalau rasa nak jadikan pasangan hidup, lebih baik kurangkan aktiviti dating makan-makan supaya dia boleh mula menabung untuk meminang bakal isteri dia," kata netizen lagi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain