TIADA siapa yang berfikiran waras mahu melihat ahli keluarga mereka terlibat dengan aktiviti tidak bermoral.
Namun, seorang pelayar X mengakui terkejut selepas mendapat tahu aktiviti homoseksual melibatkan adik lelakinya.
Tidak mendedahkan identiti, individu itu berkata dia turut menonton video lucah adiknya di media sosial.
Seks bebas termasuklah sesama jantina boleh menjadi punca jangkitan HIV. -Gambar hiasan
"Aku ada adik lelaki. Budak pandai, harapan keluarga. Baru-baru ni ada orang mesej yang dia jumpa leak adik aku dekat laman X (Twitter).
"Aku sumpah tak tahu nak respons apa, yang aku kesal tu, adik aku ni sertai grup Telegram," luah pengadu pada Jumaat.
Tak sangka diam-diam dia ada akaun darkside (DS)... risau kalau orang tua tahu.
PENGADU
Jelasnya, grup Telegram itu diberi nama VC La***p Pedang, disyaki bertujuan berkongsi kandungan berunsurkan gay.
"Rupanya semua lelaki, yang aku dapat tengok video tu adik aku siap tunjuk dia tengah buat apa dalam bilik air rumah aku dengan tempat kerja dia.
ARTIKEL BERKAITAN: Rakam aksi seks dalam kereta, bilik tidur... Mak nyah pemilik akaun ‘dark side’ ditahan jual video lucah RM40
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis gemuk dilayan bak puteri lepas buat akaun Dark Side, mula jatuh cinta dengan ‘Awang Hitam’ - “Dipuji cantik, memang taste dia”
"Paling aku terkilan, dah la video dia viral dekat X, lepas tu ada yang beritahu adik aku masuk gay sauna dekat KL," ujarnya lagi.
Menurut individu itu, dia kecewa memandangkan adiknya sentiasa berkelakuan baik di hadapan keluarga.
Dalam hantaran sama, dia turut berpesan kepada orang ramai agar memantau adik lelaki dan suami masing-masing.
Ramai individu salah guna media sosial untuk tujuan yang salah. -Gambar hiasan
"Tak sangka diam-diam dia ada akaun dark side (DS). Risau kalau orang tua tahu. Ingatkan zaman sekarang ni susah jaga perempuan, rupanya ada adik lelaki pun susah nak jaga.
"Aku harap sangat grup Telegram tu kena banned. Rosak budak-budak dalam tu. Dugaan aku ada adik lelaki. Kalau anda ada adik lelaki, tolong pantau terutama Telegram.
"Tak sangka grup macam tu boleh buat live onani. Yang dah kahwin pun aku rasa kena check fon suami," kongsinya lagi.