REZEKI pasangan ini apabila dapat berpindah ke rumah baharu menjelang sambutan 1 Syawal.
Ketika orang lain sibuk membuat persiapan seperti pakaian dan kuih raya, suami isteri ini pula banyak berbelanja untuk kediaman baharu.
"Nak raya ni aku dan keluarga kecil aku pindah masuk rumah baharu, maka banyaklah benda nak buat.
"Hias rumah, cat rumah, pasang lampu lip lap, pasang table top," kata si isteri menerusi satu hantaran yang dibuat di laman sosial.
Banyak wang dibelanjakan untuk persiapan hari raya. -Gambar hiasan
Secara kebetulan, katanya, rumah baharu mereka terletak berdekatan dengan kediaman mentua.
"Dah dekat, jadi normal la kalau dia datang selalu tengok cucu, hantar makanan," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Makan hati nikah duda! Bekas isteri suami asyik menempel dengan famili mentua, ‘try hard’ jadi menantu kesayangan
ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga mentua tak ‘cover’ perangai pelik, datang jamuan famili bawa kari kambing sendiri... Makan sesama anak-beranak dia je!
Namun dalam kesibukan mereka melakukan kerja-kerja menghias dan menyerikan rumah baharu, dia kurang selesa apabila ibu mentua juga mahu melakukan perkara sama untuk kediamannya.
"Aku hairan, tiba-tiba mak mentua aku pun nak juga suami belikan wallpaper, cat rumah, pasang lampu lip lap dan banyak lagi.
Last-last kerja yang dekat rumah sendiri tertangguh.
ISTERI
"Suami tak habis penat lagi mengecat tiba-tiba dia telefon suruh suami cat rumah dia pula. Padahal anak yang lain ada je tinggal dekat. Rumah kami pun tak selesai lagi," jelasnya.
Sebagai isteri, dia hanya mampu diam kerana tidak berani untuk mempersoalkan tindakan ibu mentuanya itu.
Suami isteri perlu berbincang bagi mengelakkan salah faham. -Gambar hiasan
Malah, dia dan suami juga tidak mahu menyinggung perasaan orang tua, lebih-lebih lagi dengan kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi.
"Aku diam je la. Dah mak dia (suami) kan, tak kan nak cakap tak boleh pula. Suami pun reda je sebab mak dia.
"Cakap lebih nanti sentap, jadi sabar je la. Aku cakap juga dekat suami, tunggulah hari Sabtu atau Ahad lepas selesai rumah kami, baru pergi rumah mak dia siapkan semua tu," katanya.
Lebih membuatkan dirinya terkilan apabila si suami tetap berkeras untuk menguruskan hal rumah mentuanya seperti yang diminta tanpa memikirkan beban kerja bertambah.
"Suami aku degil, pergi juga sana. Lepas tu dia yang surrender (menyerah kalah) penat. Aku hairan betul, adik-beradik suami ramai, tapi macam suami je yang wujud masa nak raya ni.
"Last-last kerja yang dekat rumah sendiri tertangguh," luahnya yang kini buntu dengan situasi yang berlaku.