suria

Beli pagi, meletup tengah hari! Wanita angkut oven pecah dengan kuih raya ke kedai elektrik, bukti kalau tauke tak percaya

Tangkap layar video kejadian itu yang dikongsi oleh Yana.

SEORANG wanita yang pada mulanya berasa teruja menghasilkan kuih raya bertukar cemas apabila ketuhar miliknya meletup, dalam kejadian pada Khamis.

Pemiliknya yang hanya mahu dikenali sebagai Yana turut berkongsi video kejadian itu sehingga ia tular menerusi TikTok.

Ketika dihubungi mStar, wanita yang menetap di Kelantan itu berkata ketuhar berkenaan baru sahaja dibeli pada hari sama.

Pn Faridah and children preparing cookies for Raya in Petaling Jaya, Selangor . — MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Masih ramai individu yang membuat kuih raya sendiri menjelang Aidilfitri. -Gambar hiasan

"Sebenarnya ini oven pertama yang saya beli pada harga diskaun RM99 sempena hari raya. Beli waktu pagi, lepas Zohor saya buat biksut dahlia saya pertama.

"Saya dah ikut buku manual dan suhu pemanasan yang disarankan sebelum masukkan adunan biskut. Ketika itu, saya atas sofa di ruang tamu, anak juga baru keluar dapur.

"Tiba-tiba bunyi kuat, satu rumah dengar. Waktu meletup tu, biskut dalam satu minit saja lagi nak masak. Mujurlah tiada sesiapa cedera," ujar ibu kepada tiga cahaya mata itu.

Saya bawa oven pergi kedai dengan biskut yang masih ada kat dalam. Memang tak makan.

YANA

Sejurus kejadian itu, Yana berkata dia pergi semula ke kedai elektrik yang menjual perkakasan berkenaan sebelum diganti dengan sebuah ketuhar baharu.

"Terus saya pergi tukar balik, tuan kedai tak cakap banyak, dia bagi yang baru. Saya bawa oven pergi kedai dengan biskut yang masih ada kat dalam. Memang tak makan.

"Dah la ini kali pertama dalam hidup saya nak buat biskut raya. Bila jadi begini, rasa fobia. Sekarang kalau masak biskut, saya tinggalkan saja di dapur.

ARTIKEL BERKAITAN: Pressure cooker tiba-tiba meletup, seperiuk sup ‘simbah’ badan! Wanita menggigil sejuk, 3 kali mandi sebelum dibedah

ARTIKEL BERKAITAN: “Buang, jangan sesiapa guna lagi!” - Larangan tegas ayah selepas tragedi sup tulang, 15 minit sebelum berbuka

"Semalam dah siap empat balang (biskut raya) yang dibuat menggunakan oven baharu ," ujarnya lagi.

Video kejadian itu menerima 80,000 tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen.

"Saya jenis penakut. Memang duduk bayangkan pecah waktu bakar. Rupanya memang boleh pecah.

A custemer choicing some Raya cookies at One Utama shopping centre in Petaling Jaya. Pic by Sia Hong Kiau

Aneka biskut raya yang dijual di pasaran. -Gambar hiasan

"Allahuakhbar, mujur tiada apa-apa. Pergi kedai, claim yang baru.

"Aduh, baru je belajar buat biskut. Dah overthinking 10 peratus dah ni.

"Nasib baik anak-anak tiada kat dapur," tulis beberapa netizen. 

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Suami Kiah Propa meninggal dunia