HARI Raya Aidilfitri merupakan waktu terbaik untuk kita meluangkan masa bersama ahli keluarga, saudara mara dan juga sahabat handai.
Bagi individu yang pendiam atau pemalu, hari raya boleh menjadi satu ketakutan kerana mereka perlu berinteraksi dengan ramai orang.
Menurut seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Fatin Nuur, ramai pesakit mental juga tidak suka hari keramaian seperti sambutan Aidilfitri.
Ada individu yang lebih gemar menyendiri di dalam bilik daripada melayan tetamu. -Gambar hiasan
"Ramai pesakit mental tak suka hari raya, hari yang melibatkan keramaian. Sebab kena berkomunikasi, kena jumpa orang.
"Ada ketika pada hari raya, kita terpaksa jumpa orang yang tak nak kita jumpa. Apatah lagi kalau kita ada trauma berkaitan.
"Sebab tu aku tak pelik kenapa lebih ramai selesa untuk hibernasi dalam bilik, mengasingkan diri. Kuat terus ya pejuang sekalian," tulisnya.
Ada ketika pada hari raya, kita terpaksa jumpa orang yang tak nak kita jumpa.
FATIN NUUR
Perkongsian yang dibuat oleh wanita itu menerima lebih 140,000 tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen.
Malah, ramai individu yang berpendirian sama turut berkongsi kisah mereka yang gelisah setiap kali meraikan hari raya.
"Ingat saya seorang saja tak suka raya. Memang nak elak daripada jumpa orang sebab nak jaga kesihatan mental. Tak mahu stres lepas raya.
ARTIKEL BERKAITAN: Bunyi bising peneman tidur... Wanita kongsi realiti kehidupan pesakit mental, suasana sunyi ‘musuh’ utama depresi!
ARTIKEL BERKAITAN: Didiagnos 3 penyakit mental... Pemuda pulih diri sendiri tanpa makan ubat, tak pergi klinik - “Sakit ni ciptaan fikiran aku je”
"Yup, kalau orang tak faham, mereka kata saya sombong dan tak mahu bergaul. Padahal saya bertarung dengan penyakit mental. Lebih suka diam dan menyendiri.
"Pesakit mental di sini. Jujurnya, aku pun tak teruja sangat waktu raya. Tapi aku cuba bergaul juga dengan yang lain, ziarah rumah saudara," tulis beberapa individu.
Namun, ramai juga yang memberi nasihat agar golongan tersebut cuba untuk keluar bergaul bagi meraikan Aidilfitri.
Segelintir individu yang mempunyai masalah mental lebih selesa untuk menyendiri. -Gambar hiasan
"Janganlah macam tu. Jangan layankan perasaan tu. Kan setahun sekali je, sama-sama kita jaga silaturahim kerana Allah. Insya-Allah semuanya akan mudah
"Saya ada bipolar type one dan saya suka raya. Raya boleh berjumpa dengan saudara mara lama tak jumpa, rasa seronok boleh boost mood. Tak semua orang sakit mental tak suka raya," tulis beberapa individu lagi.